Sidang Pertama Dewan Rakyat Hari Bersejarah, Ikrar Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat – Ahmad

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berikrar untuk memberikan khidmat terbaik beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih termasuk menggalas tanggungjawab sebaiknya sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Bakal mengangkat sumpah pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Setiausaha Agung UMNO itu juga menyifatkan hari pertama persidangan kali ini sebagai suatu hari yang bersejarah. “Esok (hari ini) Isnin, […]

» Read more

Usul Undi Percaya, Pelantikan Speaker Tumpuan Hari Pertama Persidangan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pembentangan usul undi percaya dan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu antara tumpuan hari pertama persidangan Parlimen bagi Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov sebagai Perdana Menteri ke-10, terkandung pada nombor lapan Aturan Urusan Mesyuarat. Ia bertujuan […]

» Read more

BN Jelebu Hargai Jentera Serta Pendokong Parti, Terus Kekal Gerak Ke Depan – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata apa jua yang berlaku, Barisan Nasional (BN) bahagian berkenaan akan terus bergerak bersama dan ukhuwwah serta permuafakatan kekal utuh. Menerusi perjumpaan bersama jentera serta pelbagai pihak lain yang telah membantu kemenangan BN Jelebu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pagi tadi, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja […]

» Read more

Rahman Ingatkan Pengguna Jalan Raya Peka Keadaan Semasa Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati dan peka dengan perkembangan semasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata pihaknya memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini termasuklah insiden banjir lumpur di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pagi tadi. […]

» Read more

Proses Gali Tanah Berperingkat, Elak Mayat Terkena Jentera Pengaut – Bomba

BATANG KALI, 18 Dis – Proses penggalian tanah runtuhan menggunakan jentera pengaut di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan jentera mengenai mayat. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pada peringkat awal, pihaknya akan mengorek dan mengeluarkan tanah runtuhan sedalam tiga atau empat kaki untuk memudahkan mayat […]

» Read more

Tambah, Import Pam Kuasa Tinggi Langkah Selesai Banjir Termenung – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 18 Dis – Kerajaan akan menambah dan mengimport pam-pam berkuasa tinggi sebagai langkah penyelesaian masalah banjir termenung di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah tersebut bagaimanapun perlu mengikut tatacara pembelian ditetapkan. “Saya akan lakukan koordinasi dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk […]

» Read more

Pemimpin UMNO/BN Mampu Stabilkan Politik, Rancakkan Ekonomi Negara – Ali Syariati

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden Persatuan Mahasiswa Machang Malaysia (Pemancar) Ali Syariati Abdul Wahab berkata penglibatan pimpinan UMNO dalam kerajaan pada hari ini sebenarnya amat penting dan secara tidak langsung dapat menstabilkan negara. Jelas beliau, peranan pemimpin UMNO dalam Kerajaan Perpaduan mampu memperkasa pentadbiran dan bekerjasama pelbagai pihak untuk fokus menstabilkan politik negara. “Penglibatan UMNO dalam kerajaan ini amat […]

» Read more

Perjanjian Persefahaman Secara Terbuka Demi Negara Dan Rakyat, Bukan Di Belakang Tabir – Razlan

KUALA LUMPUR, 17 Dis –  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Datuk Mohd Razlan Rafii berkata perjanjian persefahaman (MoU) semalam adalah antara perkara yang terbuka bagi menjelaskan kepada rakyat tujuan dan apakah hala tuju kerajaan hari ini selama lima tahun. Katanya ia juga adalah perkara yang perlu dihormati bagi setiap parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan ini dan apa yang penting […]

» Read more

Impak Besar Negara Selepas Perjanjian Persefahaman Negara

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah suatu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh dalam usaha memastikan fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan di Facebooknya berkata, fokus […]

» Read more

Perjanjian Permuafakatan Untuk Kestabilan Negara Lima Tahun Akan Datang – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perjanjian permuafakatan antara parti-parti adalah untuk memastikan negara stabil bagi tempoh lima tahun akan datang. Malah kata beliau lagi yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), perjanjian permuafakatan antara parti-parti adalah untuk memastikan tiada lagi ‘Scheme of Thing’ untuk jual beli Ahli-ahli Parlimen hingga kerajaan […]

» Read more
1 765 766 767 768 769 1,911