BN Jelebu Hargai Jentera Serta Pendokong Parti, Terus Kekal Gerak Ke Depan – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata apa jua yang berlaku, Barisan Nasional (BN) bahagian berkenaan akan terus bergerak bersama dan ukhuwwah serta permuafakatan kekal utuh.

Menerusi perjumpaan bersama jentera serta pelbagai pihak lain yang telah membantu kemenangan BN Jelebu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pagi tadi, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO seterusnya berkata jentera parti di pelbagai peringkat telah melaksanakan tugas masing dengan sebaiknya sehingga mencatatkan kemenangan cemerlang di parlimen berkenaan.

“Alhamdulillah, pagi ini saya dapat berjumpa dengan jentera-jentera BN Jelebu dan semua pihak yang membantu BN secara langsung atau tidak pada PRU-15 yang lalu.

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah berhempas pulas, berkorban masa dan tenaga sehingga Barisan Nasional mendapat keputusan yang cemerlang di Parlimen Jelebu.  Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas segala jasa rakan-rakan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Jalaluddin seterusnya menambah pihaknya turut berkongsi tentang pelbagai isu semasa pasca PRU-15 yang lalu.

“Saya ambil juga kesempatan untuk menerangkan serba sedikit tentang pelbagai isu semasa terutamanya tentang pembentukan kerajaan pada hari ini.

“Insyaallah, apa jua yang berlaku BN  Jelebu akan terus gerak bersama. Ukhuwah dan persaudaraan sesama kita akan kekal utuh sampai bila-bila, terima kasih selagi lagi kepada semua. Tanpa sokongan rakan-rakan semua, siapa lah saya. ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.