JKDM Kelantan Catat Kutipan Cukai Lebih RM65.1 Juta Di TBSB

PASIR PUTEH, 28 Dis – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mencatatkan kutipan cukai melebihi RM65.1 juta di Pangkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) di sini, setakat 22 Dis lepas. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jumlah itu mewakili peningkatan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2020 (RM30.9 juta) dan 2021 (RM34.3 juta). “Peningkatan kutipan cukai ini didorong oleh […]

» Read more

Jawatan Presiden/Timbalan Dipertanding Atau Tidak, Biar Perwakilan Tentukan – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan parti sama ada jawatan Presiden dan Timbalan dipertandingkan atau tidak. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana sebagai pemimpin yang berpegang kepada prinsip demokrasi padanya keputusan itu perlu ditentukan oleh perwakilan. “Sebagai seorang demokrat, saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya. Beliau […]

» Read more

Wanita UMNO Membina Semula Impian Usahawan Pasca Banjir – Noraini

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Wanita UMNO Malaysia menyambut baik tindakan pantas kerajaan yang telah memperuntukan sekitar RM400 juta untuk menyelaras operasi dan bantuan banjir baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meluahkan penghargaan itu kepada institusi kewangan dan institusi pembangunan kewangan (IKP) yang telah mengambil inisiatif menawarkan moratorium pinjaman sehingga enam bulan kepada mangsa banjir. “Pastinya, keputusan dan […]

» Read more

Malaysia Harap Afghanistan Kaji Semula Langkah Haramkan Wanita Ke Universiti

PUTRAJAYA, 27 Dis – Malaysia berharap Afghanistan mengkaji semula keputusan mengharamkan golongan wanita di negara itu memasuki universiti kerana ia akan menjejaskan pembangunan pendidikan umat Islam pada masa akan datang. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah menulis surat berhubung perkara tersebut kepada Pemangku Menteri Pengajian Tinggi Afghanistan Neda Mohammad Nadeem dan Duta negara itu di […]

» Read more

Penghargaan Kepada Jentera UMNO/BN, Usaha Kekalkan Kemenangan Di Rembau – Mohamad

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan penghargaan kepada kesemua jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) yang bertungkus lumus sepanjang perjalanan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sebagai menghargai usaha yang dilakukan mereka, Mohamad mengadakan pertemuan menerusi majlis bersama jentera seperti yang dikongsi beliau di Facebook. “Majlis meraikan kepimpinan UMNO Bahagian […]

» Read more

UMNO Jamin Kerajaan Perpaduan Pelihara Keharmonian Rakyat, Hak Melayu – Ramlan

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani menegaskan bahawa parti keramat ini akan sentiasa mendukung perjuangan yang telah digalas selama ini berlandas kepada tujuan asal penubuhannya. Katanya, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan ini akan sentiasa menjaga perkara-perkara seperti termaktub dalam […]

» Read more

Perak Sedia Lebih RM3.33 Juta Kepada Belia Agroproneur Muda

IPOH, 27 Dis – Kerajaan Negeri Perak menyediakan peruntukan lebih RM3.3 juta kepada 237 belia dari tahun 2015 sehingga kini di bawah Program Agroproneur Muda (AGM) bagi projek-projek ternakan di seluruh negeri, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata ia merupakan usaha dan […]

» Read more

UMNO/BN Muhasabah, Cabaran Politik Semasa Cukup Berbeza – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 27 Dis – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu muhasabah diri dan mencari pengajaran berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain. Menurutnya, parti ini harus memberikan nafas yang baharu kerana cabaran politik masa kini cukup jauh berbeza terutamanya pengundi muda. “UMNO/BN perlu melakukan rejuvenasi yang baharu kerana demografi […]

» Read more

Tun Juhar Dilantik Semula TYT Sabah Bagi Penggal Keempat

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung khidmatnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi tempoh dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini. Lantikan penggal keempat bagi Juhar sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah itu adalah dari 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2024, sekali gus […]

» Read more

Malaysia Sedia Bantu Misi SAR Kapal Tentera Laut Thailand

KUALA TERENGANU, 23 Dis – Kementerian Pertahanan bersedia untuk menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jika diperlukan dalam insiden kapal tentera laut Thailand, HTMS Sukhothai yang karam ketika ribut di Teluk Thailand pada Ahad lepas. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kementeriannya melalui Panglima Tentera Laut telah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan tersebut. “Pihak Thailand maklumkan […]

» Read more
1 761 762 763 764 765 1,912