PRN : 80 Peratus Agihan Kerusi BN-PH Selesai : SUA UMNO

KOTA BHARU, 15 April – Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah mencapai 80 peratus, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata baki 20 peratus lagi masih memerlukan perincian sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan. “Secara umumnya, 80 peratus kita sudah ada satu kesefahaman, cuma ada […]

» Read more

Wanita UMNO Tiada Masalah Bekerjasama Dengan Wanita PH Hadapi PRN

GEORGE TOWN, 15 April – Jentera Wanita UMNO tidak mempunyai masalah dan sentiasa bersedia bekerjasama dengan jentera Wanita Pakatan Harapan (PH)  bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim berkata pihaknya telah bersedia untuk turun ke akar umbi bersama-sama jentera Wanita PH bagi meraih undi dan memberi maklumat berhubung Kerajaan Perpaduan di […]

» Read more

Siasat Kenyataan Ketua Armada Bersatu – Pemuda UMNO Subang

KUALA LUMPUR, 15 April – Pemuda UMNO Subang  membuat laporan polis terhadap Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataan media yang dikeluarkan bahawa satu konspirasi SPRM/Pendakwa Raya untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada pendakwaan. Ketuanya, Datuk Seri Fariz Hazurin berkata perkara itu jelas adalah satu usaha yang cuba dimainkan oleh beliau bagi mencemarkan […]

» Read more

Perkasa Parti, Tarik Sokongan Orang Muda Antara Agenda Utama – Mohd Ariff

  MACHANG, 14 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berkata pengalaman beliau dalam kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO pada penggal lepas akan digunakan sebaiknya sebagai agenda memperkasa parti. Katanya, ini termasuk dalam merangka strategi dalam menarik kembali kepercayaan rakyat terutama golongan muda kepada parti keramat ini. “Saya akan membawa suara orang muda dan memberi […]

» Read more

Puteri UMNO Santuni Masyarakat Dengan ‘Bazar Ramadan Attack’ Dan ‘Puteri Berniaga’

KUALA LUMPUR, 14 April – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah menonjolkan kelainan dalam menyantuni rakyat pada bulan Ramadan ini dengan mengadakan program ‘Bazar Ramadan Attack’ dan ‘Puteri Berniaga’. Ketua Penerangannya, Shamellya Norazizi berkata, kedua-dua program ini diadakan bertujuan untuk membantu pengunjung dan juga peniaga di samping berkongsi rezeki di bulan mulia. “Sebenarnya program Penerangan Pergerakan Puteri UMNO pada bulan Ramadan […]

» Read more

Pemimpin UMNO Perlu Cakna Kepada Keperluan Masyarakat – Mohd Rafi

LABUAN, 14 April – Pemimpin masyakarat terutamanya Ketua-Ketua Cawangan UMNO disaran terus cakna dan peka terhadap keperluan masyarakat di peringkar akar umbi serta berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan berkata, cogan kata UMNO ‘Bersatu,Bersetia Berkhidmat’ perlu menjadi panduan dalam memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin akar umbi iaitu bekerja […]

» Read more

Barisan Kepimpinan Parti Perlu Bekerja Lebih Keras, Tampil Prestasi Luar Biasa

KUANTAN, 14 April – Dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO/Barisan Nasional (BN), barisan kepimpinan parti tidak boleh lagi leka sebaliknya perlu bekerja keras bagi menampilkan prestasi luar biasa. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman berkata, gabungan muka baharu dan lama hasil manifestasi para perwakilan pada musim pemilihan lalu dapat memberikan nafas baharu kepada parti keramat […]

» Read more

Tindakan Kerajaan Kedah Dipersoal, Pemasangan Kain Rentang Tidak Lulus Tanpa Gambar Penyelaras DUN

BANDAR BAHARU, 14 April – Keputusan kerajaan Negeri Kedah berkaitan beberapa syarat baharu yang ditetapkan melibatkan pemasangan kain rentang di negeri tersebut dikesali malah menimbulkan kesulitan dan mengelirukan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, Mesyuarat Exco minggu lalu memutuskan bahawa setiap kain rentang yang dipamerkan harus menyertakan imej pimpinan kerajaan negeri Kedah termasuk bagi […]

» Read more

Santuni Rakyat Ketika Lawatan Di Beberapa Negeri Pahat Kenangan Manis Buat Agong

LIPIS, 13 April – Menyantuni rakyat dalam siri lawatan ke beberapa negeri pada bulan Ramadan meninggalkan kenangan manis buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas segala persiapan yang dilakukan oleh pihak yang  terlibat ketika kunjungan baginda di negeri berkenaan. “…banyak kenangan manis khususnya bila mengunjungi bazar Ramadan kerana beta dapat menyantuni rakyat […]

» Read more

Kerajaan Komited Bantu Perkembangan Industri Tenaga Boleh Diperbaharui – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM, 13 April – Kerajaan komited membantu pembangunan dan perkembangan industri tenaga boleh diperbaharui di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata antara bantuan sokongan yang diberikan ialah suntikan dana RM5 bilion dalam menyokong projek pembangunan lestari. “Kerajaan juga menyediakan dana RM2 bilion dalam Belanjawan 2023 bagi menyokong sektor tenaga hijau dan lestari, termasuk pembiayaan projek atau start–ups yang […]

» Read more
1 707 708 709 710 711 1,931