Siasat Kenyataan Ketua Armada Bersatu – Pemuda UMNO Subang

KUALA LUMPUR, 15 April – Pemuda UMNO Subang  membuat laporan polis terhadap Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataan media yang dikeluarkan bahawa satu konspirasi SPRM/Pendakwa Raya untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada pendakwaan.

Ketuanya, Datuk Seri Fariz Hazurin berkata perkara itu jelas adalah satu usaha yang cuba dimainkan oleh beliau bagi mencemarkan imej institusi peguam negara  sehingga tidak lagi dihormati oleh rakyat keseluruhannya.

“Kami menggesa pihak Polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Faisal yang mana perlu untuk digunakan Akta Hasutan seperti mana beliau yang dilihat sedang berusaha menghasut agar imej Institusi peguam negara ini tercalar,” ujarnya.

Laporan berkenaan dibuat semalam di Subang Jaya yang turut disertai kepimpinan Pemuda UMNO yang lain.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.