OPS BAHIS: Kita Mahu Mangsa Banjir Jalani Kehidupan Normal Secepat Mungkin – Annuar

HULU LANGAT, 29 Dis – “Kita kalau boleh mahu mereka (mangsa banjir) kembali (kepada kehidupan) normal secepat mungkin,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata Operasi Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) di bawah inisiatif KKMM itu mengamalkan konsep ‘keluarga angkat’ dengan para sukarelawan bersama mangsa membersihkan rumah yang terjejas dalam tempoh lima hari operasi berkenaan dijalankan. […]

» Read more

390 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Wang Ihsan Di Melaka

ALOR GAJAH, 29 Dis – Sebanyak 390 daripada 2,528 ketua isi rumah di Melaka yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sehingga hari ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata BWI berkenaan mula diagihkan kerajaan negeri sejak malam tadi selepas menerima sejumlah RM400,000 daripada kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara […]

» Read more

Agong Nasihat Rakyat Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata titah nasihat Yang di-Pertuan Agong itu susulan amaran tahap waspada (kuning) iaitu […]

» Read more

Pasca Banjir: BN Gerakkan Pasukan Perubatan, Terus Salurkan Sumbangan – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Misi bantuan pasca banjir terus digerakkan oleh pelbagai pihak dan hari ini Barisan Nasional (BN) serta BN Comms turut menyelaraskan bantuan seumpama itu di beberapa negeri yang terlibat. Lebih bermakna kali ini, pasukan perubatan turut digerakkan selain pelbagai bantuan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir dalam usaha membantu meringankan beban yang ditanggung. Penyelaras Bantuan Bencana BN, Datuk […]

» Read more

Segerakan Bantuan Mangsa Banjir – Ahmad Maslan

AYER LIMAU, 29 Dis – Ramai mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan ekoran bencana alam yang menyebabkan kerosakan teruk rumah mereka, demikian tegas Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan. Sehubungan itu, beliang menggesa agar semua pihak yang terlibat terutama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat mempermudahkan penyaluran sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir dengan kadar segera. “Kita berharap agar […]

» Read more

Turun Ke Lapangan Bantu Mangsa Banjir, UMNO Teruskan Khidmat Bakti – Mohd Faizal

LINGGI, 29 Dis – Sejak kawasan Port Dickson dilanda banjir pada 18 Dis lalu yang melibatkan hampir seribu buah rumah, UMNO Bahagian Port Dickson tidak duduk diam malah turun padang untuk sama-sama melaksanakan gerak kerja membantu mereka. Ketuanya, Mohd Faizal Ramli memaklumkan bahawa usaha serta merta dilaksana bagi membantu mereka yang terjejas dan memastikan keperluan mangsa-mangsa banjir dipenuhi. “UMNO Bahagian […]

» Read more

UMNO Terus Bersama Rakyat, Misi Sukarelawan Komited Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 29 Dis – UMNO meneruskan keprihatinan dengan pelaksanaan Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi turun padang dan hari ini ke Pahang. Kali ini misi tersebut dijadual membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Krau, Jerantut dan Maran. Misi tersebut adalah berhasrat bagi meringankan beban dengan menyampaikan bantuan kepada mereka […]

» Read more

Tindakan Tegas Akan Dikenakan Terhadap Individu Langgar HSO – Khairy

PUTRAJAYA, 29 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu positif COVID-19 yang melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan data yang diperoleh dari aplikasi MySejahtera antara 1 dan 28 Dis lepas menunjukkan sebanyak 1.4 peratus individu positif COVID-19 telah melanggar perintah tersebut. “KKM sedang mempertimbangkan untuk […]

» Read more

Pasca Banjir: Pemuda UMNO Syor Lebih Agresif Lupuskan Sampah, Elak Kemudaratan

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO memohon Kerajaan Negeri terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis-Majis Perbandaran dan Daerah agar dapat lebih agresif menyediakan back hoe dan lori ro ro untuk memastikan sampah-sampah daripada harta benda mangsa banjir yang musnah dapat segera dibersihkan dan dilupuskan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesyorkan kepada orang ramai yang mahu membantu termasuk NGO, […]

» Read more

Southern Volunteers Jadi Sebahagian JPBN Johor – Hasni

ISKANDAR PUTERI, 28 Dis – Pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) kini menjadi anggota jawatankuasa tetap dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, sebagai sebahagian usaha kerajaan negeri menghadapi banjir. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata persiapan menghadapi banjir perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk pascabanjir supaya sukarelawan SV dapat digerakkan untuk memberikan bantuan. “Saya telah bersetuju supaya SV ini jadi jawatankuasa […]

» Read more
1 653 654 655 656 657 1,524