Zahid Ucap Tahniah Pada GPS, Menang Besar PRN Sarawak

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) di atas kejayaan besar menguasai 76 DUN dari 82 yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak ke-12 iaitu peningkatan sebanyak 4 kerusi dari 72 kerusi yang dimenangi semasa PRN ke-11. Katanya, selepas kemenangan besar […]

» Read more

Banjir: Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat – PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini. “Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan […]

» Read more

PRN Sarawak: Keputusan Tidak Rasmi, Gps Capai Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

KUCHING, 18 Dis – Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara tidak rasmi telah berjaya memenangi 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), jumlah kerusi minimum untuk membentuk kerajaan negeri. Setakat pukul 7.35 malam tadi, 42 kerusi dimenangi pakatan itu termasuklah di kerusi DUN Gedong yang ditandingi Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari […]

» Read more

Semoga Mangsa Banjir Selamat, Dipermudahkan Urusan – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan seluruh negara sedang dinaiki air. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semoga kesemua mangsa terlibat kejadian banjir berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. “Para para petugas membantu mangsa banjir sentiasalah berhati-hati dan sentiasa memastikan keselamatan diri. “Semoga kejadian […]

» Read more

UMNO Negeri Sokong Penuh Ismail Sabri Sebagai PM Hingga Habis Penggal

KUALA LUMPUR, 18 Dis – UMNO negeri-negeri hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sehinggalah tamat tempoh penggal ke-14 Parlimen. Sokongan itu dizahirkan menerusi usul yang dibawa oleh beberapa bahagian pada mesyuarat perwakilan yang diadakan di seluruh negara hari ini. Di SELANGOR, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Tan Sri Noh Omar berkata […]

» Read more

20 ‘Hot Spot’ Banjir Di Melaka Perlu Diberi Tumpuan Segera

ALOR GAJAH, 18 Dis – Kerajaan Melaka mengenal pasti lebih 20 kawasan ‘hot spot’ banjir di negeri ini dan akan diberi keutamaan dalam kerangka pembinaan saluran air bagi mengatasi bencana tersebut yang kerap berlaku. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ini termasuk kawasan yang berpotensi berlakunya banjir walaupun hujan tidak lebat. ”Kita akan lihat puncanya, mungkin daripada saliran […]

» Read more

UMNO Sabah Ikut Keputusan UMNO Pusat – Bung Moktar

Sandakan, 18 Dis – UMNO Sabah mengambil pendirian yang sama dengan UMNO Pusat dalam menentukan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata walaupun UMNO Sabah mempunyai autonomi, namun ia hanya membabitkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, di peringkat Parlimen, keputusan tertakluk kepada UMNO Pusat kerana jawatan Perdana […]

» Read more

COVID: Rakyat Jangan Alpa Walau Kes Baru Semakin Menurun – PM Ismail Sabri

BERA, 18 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan rakyat untuk tidak alpa walaupan kes baru COVID-19 mula menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini, berbanding puluhan ribu kes semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Beliau berkata semua rakyat perlu menyedari situasi COVID-19 di Malaysia masih ‘belum pulih dan belum selamat’, walaupun jumlah kes baharu […]

» Read more

UMNO Pasir Puteh Usul Pinda Perlembagaan Parti, Tetapkan Pemilihan Selepas PRU

PASIR PUTEH, 18 Dis – Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh hari ini sebulat suara mengusulkan cadangan untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menetapkan pemilihan UMNO diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata pihaknya juga akan mengusulkan kepada kepimpinan parti itu untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi tujuan tersebut. “Ketetapan sebulat suara […]

» Read more
1 654 655 656 657 658 1,516