Pertahankan Posisi ‘Rakan Teras’ Kerajaan Perpaduan Demi Masa Depan Rakyat, Negara

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO tetap menjadi salah suatu suara yang efektif dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya tentang isu-isu teras negara seperti prinsip Perlembagaan, kedaulatan negara, Institusi Raja-raja Melayu, agama Islam serta masalah rakyat dan golongan muda, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad. Ini katanya, termasuklah kenyataan-kenyataan serta desakan oleh Pemuda UMNO dalam mempertahankan […]

» Read more

Profesional Ke Politik, Hasnal Rezua Pertaruh Pengalaman Bidang Guaman

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican mempertaruhkan pengalamannya sebagai peguam ke dunia politik. Hasnal Rezua yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang berkata ini kerana selain melakukan hal-hal membabitkan kemasyarakatan beliau juga sering kali menawarkan khidmat nasihat perundangan. “Kelebihan yang boleh saya berikan ialah memberi khidmat […]

» Read more

Cukuplah 33 Tahun, Kita Noktahkan Pemerintahan Pas Di Kelantan – Ahmad Maslan

MACHANG, 26 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengajak rakyat di Kelantan untuk menoktahkan pemerintahan Pas selama 33 tahun di negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau turut menyeru para jentera dan kepimpinan parti untuk membulatkan tekad bagi memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam usaha menyelarikan pentadbiran negeri serta pusat. “Orang-orang […]

» Read more

Prasarana Pendidikan, Pembangunan Ekonomi Rakyat Fokus MK Di Jeneri

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim menggariskan beberapa wawasan sekiranya diberikan mandat oleh masyarakat di kawasan itu. Katanya, pembangunan pendidikan dan ekonomi serta perumahan mampu milik yang telah lama dirancang bagi memenuhi keinginan rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN/Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan negeri. “Kita akan […]

» Read more

Majlis Ulama UMNO Seru Pelihara Keharmonian, Politik Berakhlak Sepanjang Kempen PRN

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Dalam mendepani kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Majlis Ulama UMNO menasihati umat Islam agar mengamalkan politik kepartian yang sihat dan berakhlak dengan mengelakkan politik fitnah. Dalam kenyataan medianya selepas bermesyuarat petang Selasa yang dipengerusikan oleh Datuk Dusuki Ahmad, Majlis Ulama UMNO juga berpesan agar tidak bersikap mengadu domba, mengejek, merendah-rendahkan, maki hamun serta mencela […]

» Read more

Jemaah Menteri Setuju Secara Prinsip Semak Akta Hasutan 1948 – Azalina

PUTRAJAYA, 25 Julai – Jemaah Menteri hari ini bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 [Akta 15] disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan itu digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said. Azalina dalam kenyataan hari ini berkata beliau telah membentangkan kepada Jemaah Menteri […]

» Read more

Isu REE: MB Kedah Tidak Perlu Lagi ‘Sorok Di Bawah Karpet’ – Mahdzir

ALOR SETAR, 25 Julai – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu berterus-terang kepada rakyat berkaitan isu perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik dan tidak perlu lagi menyorokkannya di bawah ‘karpet’. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Muhammad Sanusi juga tidak sepatutnya memberi jawapan kononnya tidak tahu-menahu mengenai urusan pentadbiran Perbadanan Menteri […]

» Read more

Kelantan Ubah: Ahmad Jazlan Harap Pengundi Beri Peluang, Ubah Nasib Rakyat

MACHANG, 25 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berharap agar para pengundi di negeri tersebut memberikan peluang kepada calon-calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini untuk mengubah nasib rakyat. Ini kerana katanya tiada apa yang mustahil termasuklah untuk mengubah ataupun menoktahkan pentadbiran Pas di negeri ‘serambi Mekah’ itu. “Kehadiran pada malam […]

» Read more

Fokus Kesinambungan Khidmat Kepada Masyarakat ‘Bertam Kita’ – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keputusan pucuk pimpinan memilihnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah satu tanggungjawab yang besar. Ujarnya, kepercayaan yang diberikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepadanya satu amanah dan […]

» Read more

PRN Kedah: BN/PH Lancar Manifesto Khamis Ini

ALOR SETAR, 25 Julai – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto mereka pada Khamis ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka dipilih bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto yang menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, […]

» Read more
1 628 629 630 631 632 1,929