Fokus Kesinambungan Khidmat Kepada Masyarakat ‘Bertam Kita’ – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keputusan pucuk pimpinan memilihnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah satu tanggungjawab yang besar.

Ujarnya, kepercayaan yang diberikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepadanya satu amanah dan beliau bertekad akan memberi kemenangan kepada BN khususnya bagi kawasan yang ditandinginya itu.

“Kepercayaan ini datangnya dari Presiden UMNO dan ianya satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Saya mempunyai keazaman yang kuat untuk menebus Kepala Batas dengan kemenangan di DUN Bertam dan mudah-mudahan diberikan kekuatan.

“Bertam merupakan ‘centre of heart’ dan ‘batang tubuh’ Reezal Merican ini bertujuan untuk meneruskan pembelaan pembangunan insfrastruktur, perancangan program-program yang membawa komuniti secara keseluruhan dapat sehala dan sehaluan dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Kerajaan Madani.

“Sekiranya diberikan peluang menjadi wakil rakyat bagi DUN Bertam, ia adalah satu peluang untuk melunaskan amanah dan segala perancangan yang tertangguh demi untuk ‘Bertam Kita’. Ianya bukan hanya tinggal di tengah-tengah kawasan Bertam malah juga di seluruh kawasan,” katanya kepada UMNO Online baru-baru ini, di sini.

Reezal juga menjelaskan akan meneruskan perjuangan dan khidmat pada masyarakat Bertam.

“Saya akan meneruskan perjuangan serta memberi khidmat kepada rakyat Bertam dan sebab itulah ijtihad dengan keazaman untuk terus menyantuni rakyat.

“Bukan sahaja untuk memenangi pilihan raya tapi hendak mendapatkan mandat yang kuat agar menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang bakal dibentuk serta mewakili suara keluarga besar Bertam lebih bermaruah,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama anak jati Bertam itu turut merayu kepada seluruh pengundi agar dapat memberinya peluang mewakili rakyat di kawasan tersebut.

“Secara peribadi saya merayu beri peluang pada Reezal Merican untuk tujuan menjadi wakil dari Bertam kerana ‘batang tubuh’ ini bukannya asing di kawasan ini dan ianya sentiasa dijumpai.

“Saya lahir dan besar serta bersekolah pun di Bertam malah kubur mak, ayah dan saudara mara pun disemadikan di situ. Itu menjadikan bumi Bertam ini mempunyai ikatan yang kuat dengan saya,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Jom ikuti media sosial calon Barisan Nasional bagi DUN Bertam ini:

Facebook: Reezal Merican Naina Merican

Instagram: reezal_merican

TikTok: DS Reezal Merican

Twitter: Reezal Merican

Youtube: Reezal Merican

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.