KPT Akan Tambah Baik Dasar Pendidikan Tinggi Bagi Jayakan Kerangka Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Dasar pendidikan tinggi sedia ada akan ditambah baik dan diselaraskan semula bagi memastikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dapat memainkan peranannya sebagai “faktor kritikal” dalam menjayakan kerangka Ekonomi MADANI. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini termasuk memastikan dasar itu memberi tumpuan kepada soal penyediaan bakat, penyelidikan dan inovasi, menggalakkan pemindahan dan perkongsian […]

» Read more

Tiada Sebarang Perbincangan Berhubung Jawatan Kerajaan Negeri – Reezal Merican

KEPALA BATAS, 14 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung penyertaannya dalam pembentukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan. “Belum lagi (berbincang), dengan mana-mana kepimpinan negeri. Saya […]

» Read more

Wanita BN Hormati Mandat Rakyat, Hargai Kerjasama Jentera Parti – Wanita

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Wanita Barisan Nasional (BN) menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada BN bersama dengan rakan-rakan gabungan Kerajaan Perpaduan di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Pengerusinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata mandat tersebut telah diterjemahkan dengan status quo yang sama. “Tiga negeri masih ditadbir oleh Perikatan Nasional, manakala Kerajaan Perpaduan masih lagi terus diberikan […]

» Read more

Bawa Suara Rakyat Perlu Diutama, Berani Berubah Jika Tidak Mahu UMNO Dilupakan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Salleh berkata bahawa ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain. Maksud kata beliau, ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO. “Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO. “Membawa suara rakyat perlu diutamakan […]

» Read more

Kemenangan Parti Kerajaan Perpaduan Di Selangor Bukti Rakyat Iktiraf Kerjasama PH-BN

KLANG, 13 Ogos – Kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor membuktikan rakyat mengiktiraf kerjasama PH-BN, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata keputusan itu juga menunjukkan kerjasama yang baharu dibentuk itu diterima rakyat untuk diberikan amanah meneruskan pentadbiran kerajaan negeri. “Terima kasih kepada pengundi kerana telah memastikan […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan PH-BN Menang Bergaya, Raih 31 Kerusi Dun Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mencipta kemenangan bergaya apabila menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil kerja keras dan sokongan padu semua kepimpinan parti, PH berjaya memenangi 17 kerusi sementara BN 14 kerusi meskipun kedua-dua […]

» Read more

BN Kedah Akur, Terima Kekalahan PRN – Mahdzir

ALOR SETAR, 13 Ogos – Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan an menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. “BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima […]

» Read more

PH-BN Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dengan kemenangan ini Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri akan dibentuk dan istiadat mengangkat sumpah […]

» Read more

Jalaluddin Ucap Penghargaan Sokongan Rakyat Negeri Sembilan Kepada BN-PH

SEREMBAN, 13 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias merakamkan penghargaan kepada rakyat di negeri ini yang memberikan kepercayaan kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri. Jelas beliau, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini memberikan manifestasi tersendiri kepada BN-PH untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat. “Penghargaan kepada semua pengundi di […]

» Read more

Pasca-PRN: Ahmad Zahid Seru Rakyat Bersatu Hati, Pelihara Perpaduan Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat untuk bersatu hati dan terus bekerja keras untuk memastikan perpaduan dipelihara demi kemakmuran rakyat Malaysia. Ini kerana katanya, Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang telah diterjemahkan oleh rakyat. “BN bersama rakan-rakan di […]

» Read more
1 589 590 591 592 593 1,914