Speaker Pahang Serah Notis Kekosongan Dun Pelangai Kepada SPR

KUANTAN, 21 Ogos – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun. Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang, di sini pada 11.20 pagi. Zamree ketika bercakap kepada pemberita […]

» Read more

Kukuhkan Kembali UMNO, Trek Rekod Angkat Ekonomi Dan Sosial Melayu-Islam – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan percaya penolakan yang dilakukan rakyat pada UMNO menerusi pilihan raya lalu hanya bersifat sementara. Jelas beliau, UMNO akan kembali menjadi pilihan rakyat khususnya orang Melayu pada masa akan datang berdasarkan trek rekod parti ini melalui pembinaan institusi-institusi suatu ketika dahulu yang masih kekal relevan sehingga kini […]

» Read more

Tidak Adil Salahkan Presiden, Sama-sama Bertanggungjawab Untuk UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 21 Ogos – Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menganggap desakan untuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan prestasi UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak adil. Seharusnya tegas Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, semua kepimpinan parti perlu sama-sama bertanggungjawab. Bagi […]

» Read more

Isteri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang Meninggal Dunia

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos – Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam. Musa berkata isterinya Maznah, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam tadi ketika menerima rawatan akibat serangan strok. “Allahyarham memang kena serangan strok sebelum ini dan menjalani pelbagai bentuk […]

» Read more

UMNO/BN Kekal Pejuang Melayu Islam… Yakinkan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan – Zambry

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa UMNO/BN sentiasa menetapkan pendirian perjuangan mereka mengenai agama Islam dan bangsa Melayu sebelum memeterai kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu. Jelasnya, kerjasama baharu yang telah dibentuk selama lapan bulan ini masih baharu dan ianya memerlukan masa […]

» Read more

Logo, Tema Merdeka Berbeza: UMNOSiswa Sifatkan Ganjil Dan Provokatif

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pihak berkuasa dituntut agar menjalankan siasatan segera berhubung kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Fadhli Shaari yang dilihat berbaur hasutan dan menganjurkan perpecahan. Presiden Mahasiswa UMNO Malaysia, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata kenyataan yang menyatakan empat buah negeri di bawah PN iaitu Kelantan, Perlis, Terengganu dan Kedah akan menggunakan logo dan tema kemerdekaan yang berbeza […]

» Read more

Nahas Pesawat : Sembilan Jenazah Dikebumi Hari Ini

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Kesemua baki sembilan jenazah mangsa nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Khamis lepas dikebumikan hari ini.  Semua jenazah telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang secara berperingkat untuk dimandi dan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah yang terletak hanya kira-kira dua kilometer. Selesai mandi dan solat jenazah di masjid itu, kesemua […]

» Read more

Jangan Politikkan Tema, Logo Hari Kebangsaan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan berkata empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri, Ahmad Zahid menyifatkan ia bersifat jumud. “Ini […]

» Read more

Solidariti Demi Kestabilan, Lihat Secara Menyeluruh – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berpandangan apa yang utama hari ini adalah solidariti di kalangan ahli parti ketika UMNO sedang berdepan dengan cabaran serta gelombang termasuklah keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. Menurut beliau tanggungjawab berkenaan seharusnya bukan dipikul oleh individu khususnya di bahu Presiden parti semata-mata malah semua pemimpin […]

» Read more

BN Akan Jelaskan Alasan Sertai Kerajaan Perpaduan Selepas PRU15-Ahmad

PONTIAN, 19 Ogos – Barisan Nasional (BN) akan memberi penjelasan kepada pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mengenai sebab parti itu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata UMNO juga akan menjelaskan mengenai persetujuan DAP untuk menerima empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum […]

» Read more
1 583 584 585 586 587 1,913