Kerjasama Dengan Parti Lain: Bung Optimis BN Pusat Akan Ambil Keputusan Terbaik Hadapi PRN Sabah Ke-17

LAHAD DATU, 27 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin optimis BN Pusat akan mengambil keputusan yang tepat berhubung soal kerjasama antara UMNO/BN Sabah dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang. Katanya, ini adalah bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar dalam PRN17 nanti. Dalam hal ini Bung mengakui segala keputusan […]

» Read more

Terima Ugutan Bunuh, Dr Akmal Buat Laporan Polis

JASIN, 27 Mac – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi semalam. Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan Exco Melaka berkata laporan yang dibuat kira-kira 5 petang semalam, adalah bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga daripada ancaman. “Saya […]

» Read more

Ahli UMNO Diseru Terus Istiqamah, Benteng Pelihara Islam, Bangsa Dan Tanah Air

JEMPOL, 26 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir mengajak orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO untuk terus istiqamah dalam tekad parti yang menjadi benteng dan pemelihara kepada agama Islam, kepentingan bangsa dan kedaulatan tanah air. Katanya, pelbagai isu sensitif yang menyentuh kesucian agama Islam sehingga menimbulkan polemik perkauman tidak boleh dibiarkan berpanjangan sebaliknya […]

» Read more

Tanggungjawab Bersama Tangani Isu Kewarganegaraan, Elak Diberi Kepada Yang Tak Layak – Rosnah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berpandangan masalah yang sering dipertikaikan di Sabah adalah isu kemanusiaan terutamanya kanak-kanak yang tiada kewarganegaraan. Bagaimanapun katanya, situasi berkenaan memerlukan tanggungjawab bersama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu untuk memainkan peranan penting bagi mengelak kewarganegaraan diberi kepada mereka yang tidak layak. […]

» Read more

Prihatin Isu Kemiskinan Rakyat… Mohd Shahar Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Keprihatinan dalam isu kemiskinan rakyat mendorong Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah untuk bertanya kepada Menteri Ekonomi berkenaan kaedah kerajaan dalam membantu golongan ini. Beliau bertanya berkenaan sejauh mana langkah kerajaan dalam membangunkan kawasan yang diduduki rakyat berpendapatan rendah? “Saya nak minta pandangan dari segi polisi ekonomi. Adakah kita perlu membawa orang miskin […]

» Read more

Agong Berkenan Lawat Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan (Mindef), di sini hari ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman. Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk […]

» Read more

Penubuhan Suruhanjaya Beri Manfaat Besar Kepada Penggiat Industri Gig

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) untuk mengawal selia industri Gig diyakini dapat membawa manfaat yang amat signifikan bagi penggiat Gig seluruh negara apabila perlaksanaannya berjalan lancar kelak. Setiausaha Sekretariat NGO dan Kesatuan Sekerja UMNO Malaysia, Asuma Beevi Mohamed Sali berkata pelbagai manfaat akan dapat dirasai kelak antara lain perlindungan yang lebih baik untuk penggiat industri […]

» Read more

Kementerian Kerja Raya Laksana Penambahbaikan Aspek Kejuruteraan, Tingkatkan Keselamatan Pengguna Jalan Raya

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Kerja Raya amat menitik berat keselamatan jalan raya dengan pelbagai langkah diambil dalam usaha mengurangkan kemalangan. Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan dalam menangani isu ini, lima aspek utama diaplikasi iaitu pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan, persekitaran dan penilaian. “Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku Agensi Teknikal Negara melaksanakan penambahbaikan dalam aspek […]

» Read more

UMNO Beaufort Gesa Siasat Aktiviti Korek Pasir, Ganggu Ekosistem… Rosakkan Jalan Raya

MENUMBOK, 26 Mac – UMNO Bahagian Beaufort meminta pihak berkuasa agar menyiasat kerja-kerja pengambilan pasir yang berlaku di Kampung Jagus Menumbok dan Berangkok di Kuala Penyu, di sini. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, setakat ini mereka tidak mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sama ada kerja-kerja pengambilan pasir tersebut dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau […]

» Read more

Azalina Terima Kunjungan Hormat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia, Bincang Aspek Reformasi Institusi

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah menerima kunjungan hormat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Integriti, Governans dan Anti Rasuah dan kumpulan masyarakat sivil di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam. Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Integriti, Governans dan Anti Rasuah telah diwakili oleh Pengerusinya, Syed […]

» Read more
1 401 402 403 404 405 1,900