Rekod Khidmat Jadi Sandaran Sokongan Pengundi Untuk BN – Wan Rosdy

TELOK MAS, 2 Nov – Rekod khidmat dan keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dalam mendampingi masyarakat menjadi antara faktor yang diyakini mampu menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sambutan masyarakat terhadap program kempen yang diadakan […]

» Read more

Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan

KUALA LINGGI, 1 Nov – Nasib dan kebajikan komuniti nelayan di Kuala Linggi tidak boleh terus dipinggirkan, terutama membabitkan isu lesen menangkap ikan serta kemudahan jeti yang selamat dan sempurna. Itu antara komitmen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah yang mahukan permasalahan dihadapi golongan nelayan diberikan perhatian serius, sekali gus memastikan mereka […]

» Read more

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

HANG TUAH JAYA, 1 Nov – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali memaklumkan agenda penyatuan ummah dan kesinambungan pembangunan menjadi antara fokus utama beliau dalam pertemuan bersama pengundi. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata perkara itu penting bagi memastikan rakyat memahami aspirasi yang dibawa BN pada Pilihan […]

» Read more

Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal

ALOR GAJAH, 1 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa mempertaruhkan pengalaman dalam dunia politik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah berkata ini termasuk fokus memastikan kesinambungan usaha penyandang Datuk Zahari Khalil. “Berkecimpung dalam dunia politik ini sudah sudah begitu lama […]

» Read more

PRN Melaka: BN Yakin Rekod Pentadbiran Jadi Pertimbangan Pengundi Atas Pagar

MELAKA, 1 Nov — Barisan Nasional (BN) yakin pencapaian dan prestasi pentadbiran kerajaan negeri sepanjang lima tahun lepas akan menjadi antara faktor utama dinilai pengundi atas pagar dalam menentukan pilihan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 Nov ini. Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata golongan pengundi berkenaan akan menilai hala tuju parti berdasarkan keupayaannya […]

» Read more

BN Sedia Jemput PN Sertai Kerajaan Negeri Jika Menang PRN Melaka – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 1 Nov – Barisan Nasional (BN) bersedia mengundang Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai barisan pentadbiran kerajaan negeri, sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu diambil, bagi menghormati mandat rakyat serta kesepakatan politik yang dimeterai antara kedua-dua gabungan, […]

» Read more

Tolak Kempen Negatif, Jentera UMNO Putrajaya Bantu Calon BN

MELAKA, 1 Nov – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan,menyeru seluruh jentera UMNO Putrajaya agar terus memperkukuh gerak kerja dalam membantu calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengutamakan kempen yang sihat, matang dan berhemah. Beliau menegaskan bahawa kempen negatif yang berunsurkan provokasi, serangan peribadi, fitnah dan tuduhan tidak berasas perlu ditolak […]

» Read more

Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Sokongan Akar Umbi Jadi Kekuatan – Dr Asyraf

TABOH NANING, 1 Nov – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memperlihatkan perkembangan positif apabila jentera serta penyokong kedua-dua parti semakin menunjukkan kesepaduan dalam gerak kerja kempen di seluruh 28 Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat gembira dan teruja melihat sambutan serta gelombang […]

» Read more

Kesiagaan Tinggi, Semangat Jentera BN Jadi Modal Kempen – Mahdzir

PANTAI KUNDUR, 1 Nov – Jentera Barisan Nasional (BN) berada pada tahap kesiagaan tinggi dengan semangat dan motivasi yang cukup baik bagi memastikan calon yang diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti mendapat sokongan padu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keyakinan itu berdasarkan semangat jentera yang bersedia menggerakkan kempen […]

» Read more

Jentera BN Perkukuh Kesatuan, Elak Terjebak Adu Domba – Dr Azhar

SUNGAI UDANG, 1 Nov – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya terus memperkukuh kesatuan, menjaga hubungan silaturahim serta mengawal emosi sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan segala usaha parti tidak terjejas akibat provokasi dan permainan adu domba pihak lawan. Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, kekuatan jentera UMNO dan BN bukan sahaja terletak pada kesiapsiagaan serta gerak kerja […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 … 2,350