Dr Asyraf Beri Amanat Kepada 812 Pelajar MARA Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengadakan pertemuan bersama 812 orang pelajar MARA yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara. Dr Asyraf juga menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tersebut yang akan dihantar ke United Kingdom, Kanada, New Zealand, Australia, Jerman, Perancis, China, India dan Jordan. “Saya peringatkan mereka bahawa setiap […]

» Read more

PLKN 3.0 Intervensi Strategik, Bina Generasi Muda Berdisiplin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah satu intervensi strategik yang dirancang khas untuk membina generasi muda Malaysia yang berdisiplin, berjiwa patriotik dan berdaya tahan. Pada sesi Penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini, beliau menjelaskan dalam dunia yang semakin kompleks, pemupukan nilai […]

» Read more

Bidas MUDA: Budaya Johor Adalah Bekerja, Bukan Bermain Persepsi

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Budaya Johor adalah bekerja bukan sekadar bermain persepsi dan politik sempit, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ts Mohd Syes Mohamed, membidas Parti MUDA. Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong penuh usaha kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor. “Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menjunjung titah […]

» Read more

KPWKM Komited Perkukuhkan Dasar Dan Undang-Undang, Bendung Keganasan Rumah Tangga

IPOH, 20 Ogos – Komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menangani keganasan rumah tangga adalah jelas dan tidak berbelah bahagi. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kementerian terbabit akan terus melaksanakan program berbentuk pencegahan, perlindungan dan pemulihan agar tiada siapa pun tercicir daripada sistem sokongan yang diwujudkan. “KPWKM sentiasa komited dalam memperkukuhkan dasar, undang-undang serta […]

» Read more

Cadangan Gubal Akta Anti-buli Dijangka Dibawa Ke Kabinet Dalam Masa Terdekat

Kuala Lumpur, 20 Ogos – Cadangan untuk menggubal Akta Anti-Buli dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata perbincangan di peringkat dasar amat penting kerana setiap kementerian berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan […]

» Read more

RTB Parit Besar Dan Bandar Batu Pahat: Bukti Kerajaan Serius Tangani Masalah Banjir

BATU PAHAT, 20 Ogos – Kerajaan Negeri Johor terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk di daerah ini, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri, berkata Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Parit Besar yang menelan kos RM4 juta akan mula […]

» Read more

Veteran UMNO Johor Berdiri Teguh, Nyata Sokongan Kepada Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Veteran UMNO Johor berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu kesilapan pemasangan bendera. Pengerusinya, Datuk Othman Jais menerusi satu kenyataan berkata, insiden kesilapan pemasangan bendera adalah perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara. “Veteran UMNO Negeri Johor sebulat suara menyatakan sokongan […]

» Read more

Buli Bukan Isu Disiplin Tapi Jenayah Sosial, Jejas Generasi Masa Depan – Israk

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah menyambut baik komitmen Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor. Beliau berkata langkah tersebut amat bertepatan kerana buli bukan lagi isu disiplin semata-mata, sebaliknya satu jenayah sosial yang mampu merosakkan masa depan anak bangsa. “Menjunjung kasih atas titah […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Teruskan Program Saling Mengasihi, Bukti Perjuangan Tidak Pernah Putus

LAHAD DATU, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul terus menggerakkan Program Saling Mengasihi dengan menyampaikan bantuan dan bakul makanan kepada para pemohon termasuk baru-baru ini di Kampung Sapagaya dan Kampung Turusan Silam. Beliau berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada khidmat bakti UMNO yang telah sekian lama sebati dengan perjuangan parti iaitu memastikan rakyat tidak […]

» Read more

Grand Prix Buru Ikan Asing: Bukan Sekadar Hobi, Tapi Selamatkan Ekosistem – Khairul Azwan

PASIR SALAK, 20 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun menyifatkan Program Grand Prix Memburu Ikan Asing sebagai salah satu pendekatan efektif dalam usaha memelihara ekosistem sungai dan memastikan habitat semula jadi terus subur. Beliau berkata, program yang dianjurkan Jabatan Perikanan Negeri Perak itu membawa mesej penting kepada masyarakat tentang kepentingan mengawal populasi spesies ikan asing […]

» Read more
1 318 319 320 321 322 2,249