Malaysia Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Andorra

NEW YORK, 26 Sept: Malaysia secara rasmi menjalin hubungan diplomatik dengan Andorra, menandakan satu peristiwa penting dalam hubungan antara kedua-dua negara. Perjanjian rasmi itu dimeterai melalui Majlis Pertukaran Nota atau “Exchange of Notes” di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, dengan kehadiran Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Andorra, Imma Tor […]

» Read more

Penting Pertahankan DUN Mahkota, Bawa Semangat Kemenangan Ke Sabah – Siti Aminah

KLUANG, 25 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Siti Aminah Aching berkata penting untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dipertahankan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau, ini kerana Mahkota dikenali sebagai kubu kuat namun ia sama sekali tidak memberikan alasan untuk tidak bekerja keras, sebaliknya gerak kerja sebaiknya dilakukan sejak awal penamaan calon. “Diharapkan adalah kemenangan sebab kita […]

» Read more

Teruskan Tekad Sebulat Hati Untuk Menang, Jangan Ada Perpecahan – Tengku Razaleigh

KLUANG, 25 Sept – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan anggota jentera yang bekerja dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota terus bersatu hati dalam menghadapi pihak lawan dan seterusnya meraih kemenangan pada hari pengundian kelak. Ujarnya, apabila jentera parti sebulat hati maka akan ada keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran. Dalam hal ini, beliau […]

» Read more

Puteri UMNO Anjur Santai Boling Anak Muda, Santuni Pengundi Pertama Kali

KLUANG, 25 Sept – Pergerakan Puteri UMNO menganjurkan Santai Boling Anak Muda Mahkota bagi menyantuni golongan muda termasuk pengundi pertama kali. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata ia sebagai pendekatan untuk beramah mesra bersama kelompok tersebut termasuk memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN), bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah. “Beriadah dengan pengundi pertama kali terdiri daripada […]

» Read more

Delegasi BN Ke China Perkukuh Hubungan Sedia Ada, Rancakkan Jalinan Dua Hala

KUNMING, 25 Sept – Wanita UMNO melihat kunjungan delegasi Barisan Nasional (BN) Ke China sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara tersebut adalah satu program yang amat baik. Exconya, Datuk Habibah Mohd Yusof berkata program seumpama itu yang turut disertai oleh beberapa pimpinan BN yang lain boleh mengharmonikan lagi hubungan yang sedia terjalin selama ini. “Alhamdulillah, saya melihat […]

» Read more

Teruskan Tradisi BN Sebagai ‘Yang Berkhidmat’, Tolak Taktik Kotor Dalam Kempen – Dr Zambry

KLUANG, 25 Sept – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa tradisi BN adalah menyediakan YB bukan hanya ‘Yang Berhormat’ tetapi adalah ‘Yang Berkhidmat’ iaitu melaksanakan amanah untuk bekerja kepada rakyat. Justeru katanya, semua pihak jangan terperangkap dengan permainan, taktikal, strategi pihak lawan yang cuba untuk menghalang pengundi memilih yang terbaik dengan mengelirukan masyarakat […]

» Read more

Menangkan Calon BN, Buktikan Parti Semakin Teguh Untuk Dibawa Ke PRN Sabah – Noraini Idris

KLUANG, 25 Sept – Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Noraini Idris menyeru jentera Barisan Nasional (BN)/UMNO terus bekerja bagi memastikan pengundi memilih calon BN sebagai bukti bahawa parti ini semakin teguh dan kembali menjadi pilihan. Ujarnya yang turut sama membantu sebagai jentera dalam kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kemenangan BN di sini amat […]

» Read more

PRK Mahkota: Syed Hussien Seru Pengundi Luar Balik Tunai Tanggungjawab

KLUANG, 25 Sept – Calon Barisan Nasional (BN), bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyeru pemilih berdaftar yang menetap di luar Kluang, untuk balik menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu ini. Menurut beliau, ia peluang berharga buat mereka bagi memastikan pembangunan Mahkota terus terbela di bawah BN. “Untuk semua pengundi anak-anak Mahkota yang berada […]

» Read more

50 Tahun Malaysia-China… Hubungan Sedia Ada Terus Diperkukuh

KUNMING, 25 Sept – Exco Wanita UMNO, Musliati Moslimin melihat kunjungan delegasi Barisan Nasional (BN) ke China yang bermula 21 September lalu merupakan satu langkah yang tepat dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara tersebut. Menurut beliau hubungan yang telah dirintis oleh Perdana Menteri sebelum ini, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein diperkukuhkan dari semasa ke semasa dan […]

» Read more

Maju Johor: Inisiatif Rumah Transit Bangsa Johor Berkonsepkan Sewa-Simpan – Mohd Jafni

KLUANG, 24 Sept – Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan satu lagi produk pemilikan rumah kepada rakyatnya iaitu Rumah Transit Bangsa Johor, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Menurut Mohd Jafni, kaedah berkonsepkan sewa-simpan ini antara inisiatif terbaharu Kerajaan Negeri Johor di bawah Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi membantu golongan sasar. “Rumah Transit […]

» Read more
1 237 238 239 240 241 1,894