Abaikan Pandangan Sinis Kerjasama UMNO-Pas, Terus Perkukuh Hingga Ke Akar Umbi

JASIN, 10 Mac – Timbalan Ketua UMNO Jasin, Datuk Roslan Ahmad percaya akan ada pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan kerjasama antara parti itu bersama Pas yang memasuki fasa rasmi. Menurut beliau sebenarnya semua pihak tidak perlu bimbang dengan penyatuan ummah khususnya kerjasama antara Pas dan UMNO kerana ianya adalah untuk kepentingan semua dan tanggapan sinis sesetengah pihak berhubung perkara tersebut […]

» Read more

Kenyataan Kor Ming Bukti Siapa Sebenarnya Bersifat Rasis – Mahdzir

ALOR SETAR 10 Mac – Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang meniupkan api kebencian serta menakutkan masyarakat bukan Islam dengan mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan, disifatkan cukup berbahaya sekali gus boleh menggugat keharmonian di negara ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, DAP […]

» Read more

Malaysia Boleh Jadi Negara Apartheid Di Bawah DAP

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Semalam Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan juga wakil rakyat DAP Ngar Kor Ming mengatakan bahawa jika UMNO dan PAS memerintah, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah Taliban. Ini adalah suatu kenyataan yang cuba menakut-nakutkan kaum bukan Melayu di Malaysia supaya menentang penyatuan orang-orang Melayu. DAP lebih untung jika orang-orang Melayu berpecah belah sebab bila […]

» Read more

Kerajaan ‘Penyatuan Ummah’ UMNO, Pas di empat negeri

JASIN 9 Mac – UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hasrat itu telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti, baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan lanjut. Naib Presiden, Datuk Seri […]

» Read more

Kenyataan Guan Eng Boleh Gugat Keharmonian Negara, Dedah Sikap Rasis Dan Ultra Kiasu

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kenyataan Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beliau melambangkan bersifat Rasis dengan sikap Ultra Kiasu yang boleh mengugat keharmonian kaum di Malaysia, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun. Katanya, reaksi Guan Eng jelas cuba menutup agenda peminggiran sistematik itu dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai ‘perisytiharan perang kepada […]

» Read more

Cadangan Pembelian Legoland Oleh Kerajaan Johor Tidak Masuk Akal – Khaled

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Cadangan Pembelian Legoland oleh Kerajaan Johor bukan sahaja dianggap sebagai cadangan yang tidak masuk akal malah dipersoalkan kemampuan Kerajaan negeri menguruskannya berbanding Khazanah Nasional. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri seharusnya mengurangkan berniaga dan fokus kepada merejuvinasi ekonomi negeri Johor melalui kerjasama dengan sektor swasta. “Sebuah laporan terbitan Bloomberg telah […]

» Read more

Lapor Polis: Guan Eng Suka Provokasi Dan Hasut – Noraini

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Wanita komponen Barisan Nasional (BN) dan muslimat PAS hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan hasutan yang buat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menurut Ketua Wanita BN Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad, kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Dap itu cukup membuatkan masyarakat terguris hati seolah-olah beliau ingin mengisytiharkan perang […]

» Read more

MCA Hormat Keputusan Dewan Tertinggi BN

KUALA LUMPUR 8 Mac – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menghormati keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengenai tiadanya konsensus dicapai tentang pembubaran BN. Sehubungan dengan itu, jelasnya, ekoran resolusi pembubaran BN itu dibawa sendiri oleh MCA, beliau akan membawa perkembangan terbaharu itu untuk pengetahuan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA yang akan bersidang pada 17 Mac depan. […]

» Read more

MIC Tiada Masalah Kerjasama UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 8 Mac – MIC sebagai satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah berhubung kerjasama secara rasmi antara UMNO dan Pas. Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran malah menegaskan kerjasama antara UMNO dan Pas dilihat dapat memberi kelebihan besar khususnya kepada parti itu dan BN secara keseluruhannya. Jelas beliau, kerjasama antara UMNO dan Pas […]

» Read more

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Kerjasama UMNO-Pas

IPOH 8 Mac – Orang bukan Melayu tidak perlu bimbang kerjasama di antara UMNO-Pas yang tidak akan mengetepikan kaum lain jika berjaya membentuk kerajaan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Islam tidak mengajar penganutnya bersikap tidak adil terhadap orang bukan Islam malah dalam konteks negara majmuk di Malaysia, semua kaum saling memerlukan. Menurutnya, keadilan pemerintahan Islam terhadap […]

» Read more
1 … 2,278 2,279 2,280 2,281 2,282 … 2,385