Mohd Ali Anak Melaka Pertama Dilantik Yang Di-Pertua Negeri

MELAKA, 5 Jun – Tan Sri Mohd Ali Rustam yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ketujuh hari ini merupakan anak jati Melaka pertama memegang jawatan itu. Seramai enam Yang di-Pertua Negeri Melaka sebelum ini, dua daripadanya berasal dari Perak dan masing-masing seorang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang. Mohd Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka […]

» Read more

Dr Adham Jawab Dakwaan PKP Tidak Ikut Undang-undang

PUTRAJAYA, 4 Jun – Wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa”, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang kerana COVID-19 tidak diwartakan di bawah akta itu, beliau berkata ia […]

» Read more

Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: Kerajaan Negeri, Rakyat Zahir Tahniah

MELAKA, 4 Jun – Kerajaan negeri Melaka dan seluruh rakyat negeri ini mengucapkan tahniah kepada Tun Mohd Ali Rustam yang diangkat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali. Beliau berkata detik bersejarah itu cukup bermakna buat negeri Melaka, lebih-lebih lagi buat julung kalinya seorang anak jati Melaka diangkat kedudukan yang tertinggi sebagai Yang Dipertua […]

» Read more

Taska Persendirian Digesa Daftar Dengan KPWKM, Patuhi SOP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 4 Jun – Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) dan pusat asuhan persendirian digesa berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa membuat gesaan itu berkata kerajaan sedar terdapat taska swasta dan rumah-rumah persendirian yang […]

» Read more

Kenapa Najib Perlu Buat Laporan Polis Jika Tiada Unsur Penyewelengan?

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pastinya sesuatu yang ironi apabila pasukan pendakwaan berterusan melontarkan persoalan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak membuat laporan polis mengenai penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Menurut peguambela bekas Perdana Menteri, Harvinderjit Singh ketika penggulungan akhir kes pembelaan hari ini, hakikatnya Najib tidak membuat laporan kerana pihak berwajib termasuk termasuk Jabatan Peguam […]

» Read more

93 Kes Baharu COVID-19, Hanya Dua Warganegara – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Jun –  Sebanyak 93 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan hanya dua warganegara dan selebihnya bukan warganegara Malaysia, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,970 dan tiada kematian dicatatkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua 93 kes baharu itu adalah penularan di dalam negara. “Daripada 91 kes melibatkan bukan warganegara, 55 […]

» Read more

Syarikat Produksi Perlu Lantik Penyelia Keselamatan Pantau SOP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Jun – Syarikat produksi yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini dan ingin menjalani penggambaran filem, iklan, serta drama, perlu melantik seorang penyelia keselamatan khusus, untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) krew dan pelakon. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, pelakon dan krew syarikat yang berkenaan, tidak perlu menjalani ujian swab. “Ujian […]

» Read more

Taman Langat Murni, Kuala Langat Dikenakan PKP Pentadbiran – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran dikenakan di Taman Langat Murni, Kuala Langat berikutan wujudnya kes positif COVID-19 di kawasan itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Semasa menafikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di kawasan berkenaan seperti dilapor sesetengah media, Ismail Sabri berkata penduduk di kawasan itu masih boleh keluar […]

» Read more

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Diedar Mulai Khamis

KAJANG, 3 Jun – Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya, kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) […]

» Read more

Sabah Lanjut Perintah Berkurung Di ESSZone Sehingga 19 Jun

KOTA KINABALU, 3 Jun – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pukul 6.00 petang esok dilanjutkan sehingga 19 Jun, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass. Beliau berkata susulan pelanjutan itu, penduduk diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6.00 petang sehingga 6.00 pagi […]

» Read more
1 … 2,015 2,016 2,017 2,018 2,019 … 2,372