Dr Adham Jawab Dakwaan PKP Tidak Ikut Undang-undang

PUTRAJAYA, 4 Jun – Wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa”, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang kerana COVID-19 tidak diwartakan di bawah akta itu, beliau berkata ia merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

“Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342,” kata Dr Adham dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.