PKPD Pentadbiran Di Empat Mukim Di Kedah Bermula Hari Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di negeri Kedah bermula hari ini hingga 30 Ogos, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu COVID-19 yang berpunca daripada kluster PUI Sivagangga. Memperincikan perkara itu, beliau berkata empat kawasan […]

» Read more

Pelajar B40 Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayar Kos Kuarantin

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Pelajar yang pulang dari luar negara tetapi tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualikan daripada membayar kos tersebut, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata mereka yang telah tiba di negara ini boleh membuat rayuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala yang bakal […]

» Read more

UMNO Shah Alam Sifatkan Kenyataan Khalid Samad Dangkal, Menghasut

SHAH ALAM, 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari membidas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sangat merepek dan berunsur menghasut bangsa lain supaya memberi gambaran negatif terhadap orang Melayu. Ini katanya berikutan ciapan pemimpin Parti Amanah Negara (Pan) itu di twitternya yang sangat dangkal dan bersifat menghasut rakyat terutamanya bukan Melayu bahawa laungan […]

» Read more

Penghadang Lut Sinar Pisahkan MP, Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Dalam usaha mewujudkan jarak pemisah dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, penghadang lut sinar dipasang di antara tempat duduk ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pemasangan penghadang itu juga membolehkan sebahagian ahli Parlimen yang sebelum ini duduk di tempat pegawai di sebelah kiri dewan, dapat duduk […]

» Read more

ADUN Tras Dap Perlu Diambil Tindakan Di Bawah Akta Hasutan – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berpandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui mesti diambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Ini kerana katanya, tindakan wakil rakyat Dap itu jelas secara tidak langsung menghasut orang lain mempercayai bahawa tulisan Jawi adalah rasis dan menyusahkan. […]

» Read more

COVID-19: Kembali 2 Angka Dengan 14 Kes Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini berbanding sembilan kes semalam dengan 13 daripada kes baharu itu membabitkan penularan dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,999 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 210 kes. Bagaimanapun, jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 kekal 125 orang. Kesemua 13 kes penularan dalam […]

» Read more

PKPP: PDRM Tahan 127 Individu Ingkar Pakai Pelitup Muka Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), antaranya adalah 127 kesalahan tidak memakai pelitup muka yang berkuat kuasa mulai semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain adalah 38 individu ditahan kerana tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) manakala 150 orang ditahan kerana menyukarkan penjarakan fizikal. “Daripada jumlah 315, seramai tiga individu telah direman manakala […]

» Read more

PRN Sabah: Rundingan Agihan Kerusi UMNO-BERSATU Perlu Disegerakan – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 2 Ogos – Isu pengagihan kerusi antara UMNO Sabah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah perlu diselesaikan segera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata rundingan antara kedua-dua parti itu perlu diselesaikan segera bagi membolehkan jentera pilihan raya parti masing-masing bersiap sedia menghadapi saingan dalam perebutan 73 kerusi […]

» Read more

Jangan Politikkan Tulisan Jawi -Sharkar

KUANTAN, 2 Ogos – Hentilah mempolitikkan tulisan Jawi, tegas Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, tidak perlulah kaum lain menganggap bahawa tulisan Jawi sebagai proses Islamisasi seperti mana yang didakwa oleh sebahagian pihak. “Tulisan Jawi bukan isu agama, tetapi isu ini berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Kita pula […]

» Read more

PN : UMNO Nyatakan Pendirian Dalam Dua Siri Mesyuarat Induk Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umbi yang tidak mahu UMNO menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Menurut beliau perkara berkenaan dibawa dalam dua mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN). Tegas beliau […]

» Read more
1 … 1,973 1,974 1,975 1,976 1,977 … 2,372