PRK Balakong: Cadangan Naikkan Elaun Kehadiran Adun Tidak Masuk Akal-Tan

BALAKONG, 4 Sept – Cadangan menaikkan elaun kehadiran persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai galakan kepada wakil rakyat adalah sesuatu yang tidak munasabah, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong Tan Chee Teong. Membidas cadangan yang dikemukakan Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim itu, Tan berkata ini kerana menghadiri persidangan DUN adalah tugas asas setiap wakil […]

» Read more

Adun Sungai Air Tawar Dilantik Ketua Pembangkang Selangor

SHAH ALAM, 4 Sept – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini. Perkara itu diumumkan speaker dewan negeri, Ng Suee Lim sebelum memulakan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ke-14 di sini. “Saya telah menerima surat daripada BN […]

» Read more

PRK Balakong: Pusat Pengundian Awal Ditutup Pukul 12 Tengah Hari

SERI KEMBANGAN, 4 Sept – Pusat pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong ditutup secara rasmi pukul 12 tengah hari ini selepas semua pengundi awal selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pusat pengundian di kuarters Balai Polis Seri Kembangan berkenaan dibuka tepat pukul 8,00 pagi menyaksikan seramai 28 daripada 31 anggota polis berdaftar pergi mengundi. Sebaik proses pengundian […]

» Read more

Sultan Muhammad V Berkenan Hadir Acara Dan Majlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda

PUTRAJAYA, 4 Sept – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli untuk menghadiri acara dan majlis rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 9 Sept ini. Dalam kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata sebagaimana perkenan baginda, Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan bagi Darjah-Darjah […]

» Read more

LGE Lepas dan Bebas, Tak Normal Apabila Ramai Terkejut ‘Beruk’

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Apabila ramai pihak melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang melepaskan dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat maka sebenarnya mereka adalah tak normal, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. “Pada saya mereka yang terkejut […]

» Read more

UMNO Parti Politik Pertama Buka Ruang Kaum Wanita Terlibat Dalam Pembangunan Negara

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO merupakan parti politik Melayu yang pertama memberikan ruang dan peluang kepada suara kaum wanita untuk memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam konteks politik dan pembangunan di negara ini, demikian menurut pakar sejarah negara, Datuk Dr. Ramlah Adam. Menurut beliau, bagi memberikan ruang dan peluang kepada kaum wanita untuk […]

» Read more

2,801 Pengundi Awal PRK Balakong, Seri Setia Mula Mengundi Pada 8 Pagi

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia mula mengundi mulai 8 pagi ini. Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 daripadanya adalah pengundi awal bagi DUN Balakong manakala 2,770 lagi adalah bagi kawasan DUN Seri Setia. Kesemua pengundi awal di DUN Balakong adalah anggota polis […]

» Read more

Kerajaan Johor, Mana Hilangnya 10 Ribu Unit RMMJ?

JOHOR BAHRU, 3 Sept – Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak kerajaan negeri agar menyatakan angka sebenar pembinaan baharu unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang telah mereka luluskan mulai Jun 2018. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berharap kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri selepas ini tidak bercanggah kerana data dan angka jelas membuktikan, sekali gus tidak mengelirukan rakyat yang sememangnya […]

» Read more

Tindakan Kerajaan Mahu Berkonfrontasi Dengan China Tidak Bijak

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemerhati Politik, Kapten (B) Rahmat Omar menyifatkan tindakan kerajaan yang seolah-olah mahu berkonfrontasi dengan negara China merupakan satu tindakan yang tidak bijak untuk pembangunan ekonomi Malaysia memandangkan negara tersebut diramalkan bakal menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia tidak lama lagi. Katanya, Malaysia tidak boleh kembali bersikap sepertimana pada tahun 80-an dahulu di mana Malaysia secara langsung […]

» Read more

PRK Balakong: 10 Tahun Masalah Sampah, Wabak Denggi Kerajaan Negeri Abaikan

BALAKONG, 2 Sept – Penduduk di Pangsapuri Seri Pulai, Taman Balakong Jaya di sini, bimbang dengan masalah longgokan sampah sehingga menyebabkan penularan wabak demam denggi berikutan isu itu tidak diberi perhatian mana-mana pihak lebih 10 tahun lepas. Menurut seorang penduduk, M. Krishnan, 58, walaupun masalah itu pernah beberapa kali diadukan kepada pihak berkaitan, tiada sebarang tindakan wajar diambil menyebabkan penghuni […]

» Read more
1 1,916 1,917 1,918 1,919 1,920 1,947