Tindakan Waytha Moorthy Tidak Wajar

JOHOR BAHRU 26 Dis. – Tindakan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Senator P. Waytha Moorthy bertemu dengan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini pada Ahad lalu untuk meraih sokongan adalah tidak wajar dalam keadaan rakyat masih bersedih dengan pemergian Muhammad Adib Mohd. Kassim. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, motif pertemuan tersebut dipersoalkan yang […]

» Read more

Puad Bidas Sikap Kurang Ajar Ahli Dap

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ahli Dap Ben Singh yang mengemukakan soalan secara kasar, biadap dan rasis terhadap Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang semasa sesi dialog di London baru-baru ini. Jelas beliau, tingkah laku Ben Singh yang mempertikai mengapa Pas membantah pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat […]

» Read more

Dulu Cakap BR1M Dedak, Sekarang…

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Khairy Jamaluddin mempersoal keputusan kerajaan melaksanakan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi fasa pertama dengan menggunakan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dahulu BR1M dianggap sebagai ‘dedak’ iaitu untuk membeli hati rakyat, tetapi kini ia turut digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. “Dulu cakap dedak. Sekarang ini dedak BaSaH. Database pun […]

» Read more

Sultan Nazrin Lantang Tegur Pemimpin

IPOH, 26 Dis – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merupakan antara Raja yang terkenal dengan kelantangan menegur pemimpin yang tidak amanah, menyeleweng dan cuai dalam tugas hingga menyusahkan rakyat jelata. Raja yang mempunyai daya intelektual dan budi pekerti yang tinggi ini sentiasa menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara. Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan […]

» Read more

5,000 Hadir Himpunan Tuntut Keadilan Untuk Adib

KLANG, 26 Dis – Kira-kira 5,000 orang hadir ke perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni di sini semalam. Peserta perhimpunan hadir mengenakan baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian yang menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dibawa ke muka pengadilan […]

» Read more

Menteri PH Diminta Dengar Suara Rakyat, Kurangkan Cuti Hujung Tahun

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) kurangkan cuti hujung tahun memandangkan banyak masalah rakyat yang perlu ditangani. Katanya, suara rakyat adalah suara keramat yang merujuk kepada laporan akhbar berkaitan keluhan penduduk di Kota Belud yang terdiri dari pesawah dan nelayan. “Sawah padi 200 hektar terbiar, hasil nelayan merosot, hasil […]

» Read more

UMNO Johor Yakin Tiada Lagi Yang Keluar Parti Selepas Ini

JOHOR BAHRU, 24 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad yakin tiada lagi anggota mahupun pimpinan parti di peringkat negeri akan meninggalkan parti itu ekoran langkah presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannnya Datuk Seri Mohamad Hassan. Sambil menyelar tindakan keluar parti beberapa wakil rakyat UMNO dari Johor sebelum ini, Hasni yang […]

» Read more

UMNO Sabah Yakin Mampu Depani Suasana Politik Yang Mencabar – Raime

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi berkata pihaknya melahirkan harapan besar di bawah kepimpinan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menjalankan tugas-tugas Presiden untuk memastikan parti keramat ini terus menjadi jurucakap suara rakyat, khususnya kepada Bumiputera di Sabah. Malah beliau yakin beberapa pendekatan yang dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO memberi manfaat yang terbaik […]

» Read more

Kembalikan Kuasa Kepada Perhubungan Negeri Bantu Bahagian Tadbir Dengan Baik

JOHOR BAHRU, 23 Dis – Mengembalikan kuasa kepada Badan Perhubungan UMNO negeri dilihat mampu membantu setiap bahagian mentadbir dan mencapai keputusan dengan baik di peringkat negeri masing-masing. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan itu juga membolehkan tanggungjawab di semua peringkat dapat dijayakan dengan baik sekaligus mencapai kata sepakat dan saksama antara kepimpinan dan anggota. “Misalnya dalam […]

» Read more

Tidak Wajar ‘Ganggu’ Subjek Agama Di Sekolah Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad agar lebih berhati-hati, jangan sewenang-wenangnya mengubah kurikulum atau sistem pendidikan sedia ada sebaliknya fokus bela rakyat dan tunaikan janji-janji manifesto PRU14 lalu. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan melahirkan rasa hairan dengan cara pentadbiran kerajaan PH kerana terlalu banyak menyentuh dan mahu […]

» Read more
1 1,818 1,819 1,820 1,821 1,822 1,905