Isu Pekebun Di Raub Tidak Jejaskan Pengeluaran Durian – Ahmad

MELAKA, 27 Dis – Isu pekebun durian di Raub, Pahang tidak akan menjejaskan pengeluaran dan penghasilan raja buah itu terutamanya jenis Musang King bagi pasaran dan eksport ke luar negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah. Beliau berkata ia berikutan terdapat beberapa ladang lain di negara ini menanam durian Musang King dan mampu menampung […]

» Read more

Sultan Kedah Berkenan Sumbang TV Pintar, Komputer Riba, Kemudahan Astro TV Kepada Sekolah Terpilih

ALOR SETAR, 27 Dis – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan sembilan set bantuan keperluan belajar kepada sekolah terpilih dalam satu majlis di Istana Anak Bukit di sini, hari ini. Set keperluan belajar itu mengandungi televisyen pintar berserta kemudahan saluran Astro (rancangan TVIQ dan Tutor TV) dan komputer riba, bertujuan untuk memastikan agar sesi pembelajaran […]

» Read more

Ahmad Hamzah Umum Tidak Bertanding PRU15

JASIN, 26 Dis – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah hari ini menegaskan beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Jasin yang disandangnya sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ahmad, 72, yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata hasrat beliau itu telah dinyatakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan […]

» Read more

Kerajaan Akan Kemas Kini Piawaian Halal Daging Import – Zulkifli

KUALA LUMPUR, 26 Dis- Kerajaan akan menambah baik piawaian halal terutamanya membabitkan daging dan produk daging yang diimport, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata ini termasuk melihat semula bagaimana negara pengeksport memperoleh pensijilan halal ke atas semua produk yang hendak dieksport ke negara ini. “Kita kena periksa juga macam […]

» Read more

KSM Bakal Lancar Aplikasi Komunikasi Dua Hala Kerajaan-Pekerja

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memperkenalkan satu aplikasi baharu yang bakal berfungsi sebagai platform komunikasi dua hala antara kerajaan dengan pekerja tempatan dan asing. Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata aplikasi yang dijangka dilancar pada 11 Jan ini akan memberi peluang kepada pekerja untuk memaklumkan secara terus kepada kerajaan mengenai sebarang pengabaian kebajikan oleh majikan […]

» Read more

COVID-19: 1,247 Kes Baharu, Selangor Kekal Catat Kes Tertinggi

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Sebanyak 1,247 kes baharu COVID-19 dan tiga kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan Selangor terus merekodkan jumlah kes harian baharu tertinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 101,565 kes manakala jumlah […]

» Read more

Empat Kluster Baharu, Dua Babitkan Tapak Bina Di KL – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Empat lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya membabitkan tapak bina di ibu negara. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tapak bina berkenaan ialah Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa yang dikenal pasti melalui saringan bersasar di tapak bina berkenaan. “Kluster Tapak Bina […]

» Read more

PKPD Di Asrama Pekerja Westlite, Tampoi Jaya JB Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula esok hingga 8 Jan depan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelaksanaan PKPD tersebut susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) di asrama pekerja itu. “Hasil saringan […]

» Read more

Jenazah Bekas Speaker DUN Johor Selamat Dikebumi

JOHOR BAHRU, 25 Dis – Jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Allahyarham Tan Sri Mohamad Aziz, yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan sakit tua malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini kira-kira 10 pagi tadi. Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 9.40 pagi selepas selesai disolatkan di kediaman Allahyarham di […]

» Read more

COVID-19: KKM Laksanakan Semua Langkah Penting

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan ia telah mengambil semua langkah penting dalam menjangkakan beberapa unjuran yang dilakukan oleh pelbagai organisasi antarabangsa mengenai situasi pendemik COVID-19 di Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan hari ini berkata pada fasa awal pandemik, JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan jumlah kes COVID-19 pada pertengahan […]

» Read more
1 … 1,816 1,817 1,818 1,819 1,820 … 2,372