Spesifikasi Telefon Pintar Diedar Melalui Program TCS Mencukupi Bagi Tujuan PdPR

IPOH, 16 Jun – Spesifikasi telefon pintar yang diberikan kepada pelajar golongan B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) seperti yang tular kononnya berkualiti rendah, adalah mencukupi bagi membantu golongan itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, pihak Yayasan YTL selaku penyumbang kesemua telefon pintar berkenaan telah memberikan penerangan sebelum ini kepada […]

» Read more

Vaksinasi Harian Terus Meningkat, Capai Sasaran 200,000 Sehari

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 215,876 dos semalam sekali gus mencapai sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 160,226 individu menerima dos pertama manakala 55,650 individu menerima […]

» Read more

Pelan Pemulihan Negara: Ahmad Maslan Gesa Usaha Berlipat Ganda Harungi Empat Krisis

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usaha berlipat ganda semua pihak wajar dipadukan agar putaran ganas krisis-krisis dalam negara dapat diselesaikan segera. Ini kerana katanya, sekarang Malaysia mengalami empat krisis serentak iaitu krisis pandemik COVID-19, krisis ekonomi, krisis politik dan krisis keyakinan. “Masa tidak bersama kita. Setiap hari ramai yang mati,” katanya menerusi […]

» Read more

Sidang Parlimen Pada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Tak Masuk Akal

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Ketetapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sidang Parlimen hanya boleh diadakan selepas negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara tidak masuk akal, bidas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya, lebih mengelirukan apabila dimaklumkan pada Fasa 3 semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif. “Senarai negatif Fasa […]

» Read more

ADMM Ke-15: Malaysia Cadang ASEAN Wujudkan Rangkaian Pusat Pertahanan Siber

KUALA LUMPUR, 15 Jun  – Malaysia mencadangkan penubuhan Rangkaian Pusat Pertahanan ASEAN yang dikenali sebagai ASEAN Cyber Defence Network (ACDN). Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi inisiatif itu, ACDN akan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan kepakaran pertahanan siber negara anggota ASEAN (AMS). “Inisiatif ini juga akan berfungsi sebagai platform pertukaran […]

» Read more

Jepun Mahu Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa. Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan. “Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Sarawak, Sabah Mulai Khamis Hingga 30 Jun

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Dua perkampungan di Sarawak dan beberapa lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini hingga 30 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Sarawak, kawasan dikenakan PKPD ialah Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas di Kuching, yang masing-masing merekodkan 24 dan 22 kes positif […]

» Read more

KPLB Sedia Gerak KEMAS, Lembaga Kemajuan Wilayah Bantu Program Vaksinasi

LIPIS, 15 Jun – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia menggerakkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di bawahnya bagi membantu urusan pendaftaran vaksin COVID-19 penduduk pedalaman dan Orang Asli. Timbalan Menteri KPLB 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya juga bersedia ‘membuka’ fasiliti KEMAS atau mana-mana agensi di bawah kementerian untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin […]

» Read more

Pelan Pemulihan Negara Boleh Kembalikan Penghidupan Harian Biasa – PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Perdana Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang diyakini dapat mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]

» Read more

Pandangan Pemimpin Politik Dibincangkan Raja-Raja Melayu Esok

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pandangan yang dikemukakan pemimpin politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas hingga hari ini akan disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu dalam satu perbincangan khas di Istana Negara esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata beberapa pakar dari agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan […]

» Read more
1 … 1,710 1,711 1,712 1,713 1,714 … 2,370