Darurat: Pihak Asing Tak Perlu Campur Tangan Hal Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Campur tangan pihak luar yang menggesa Parlimen kembali bersidang tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malah berkata tindakan yang dilakukan oleh 90 ahli Parlimen dari negara ASEAN yang mendakwa Proklamasi Darurat Malaysia tidak menepati piawaian antarabangsa tidak wajar. “Pendirian saya berhubung perkara ini […]

» Read more

Saluran Khusus TV Pendidikan, DidikTV KPM Dilancarkan

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saluran itu yang kali pertama diperkenalkan, mula bersiaran hari ini, menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Ia […]

» Read more

Usaha Terancang, Bersepadu Diperlukan Untuk Wujudkan Bangsa Usahawan Dan Negara Berteraskan Keusahawanan

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan untuk mewujudkan bangsa usahawan dan negara berteras keusahawanan ia memerlukan kepada usaha terancang serta sepadu. Katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) di Twitter, yang terpenting adalah pengangguran diatasi dan rakyat hidup gigih dengan berniaga. Ketika pelajar di pusat kemahiran & siswa/i di universiti, wajar diterus […]

» Read more

Dinamik Politik Baharu… UMNO Bina Kekuatan, Daya Tarikan Untuk Rakyat – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 17 Feb – UMNO ketika ini perlu membina kekuatan serta daya tarikan yang tersendiri untuk tidak berpaut kepada mana-mana parti politik yang lain dan mampu dilihat oleh rakyat secara jelas bahawa parti sentiasa mengutamakan rakyat. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata pendekatan ini dilakukan oleh semua parti dalam negara kerana situasi politik hari ini jelas berbeza dengan […]

» Read more

FDI: ‘Tewas’ Dengan Negara Jiran, Kerajaan Perlu Ambil Langkah Segera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia jatuh 68% ke USD2.5 bilion pada 2020 dan ‘tewas’ kepada negara-negara jiran di mana FDI Singapura cuma jatuh 37% kepada USD58 bilion, Indonesia 24% ke USD18 bilion dan Vietnam 10% ke USD14 bilion, sebagaimana laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD). Berhubung perkara tersebut, Presiden UMNO […]

» Read more

Pelan Transformasi Industri Mineral Dipersetujui Dalam Mesyuarat MMN – Shamsul Anuar

PUTRAJAYA, 16 Feb – Majlis Mineral Negara (MMN) dalam mesyuarat pertamanya yang berlangsung hari ini, bersetuju dengan cadangan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) sebagai agenda baru pembangunan industri mineral di Malaysia. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelan itu bertujuan membangunkan industri mineral secara menyeluruh dan bersepadu, melalui transformasi di […]

» Read more

Larangan Rentas Negeri, Daerah Kekal, Boleh Gerak Lebih 10KM Radius – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Larangan pergerakan rentas negeri dan daerah kekal meskipun berlaku pertukaran status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bermula Jumaat (19 Feb) ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sebahagian besar negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) namun pergerakan hanya dibenarkan di dalam daerah dan tidak boleh […]

» Read more

COVID-19: Kes Sembuh Tertinggi Dicatatkan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas apabila 5,718 kes dilaporkan sembuh, menyaksikan jumlah kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan menurun kepada 44,129 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu sekali lagi mencatatkan angka di bawah 3,000 iaitu 2,720 kes dilaporkan dengan kesemuanya melibatkan kes […]

» Read more

605 Lokasi Bakal Dijadikan Pusat Pemberian Vaksin

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 605 lokasi untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membolehkan program vaksinasi itu dilaksanakan, yang dijangka bermula akhir bulan ini. Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini, PPV sementara seperti stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai, universiti serta […]

» Read more

PKP Dilanjut Di KL Dan Tiga Negeri, Negeri Lain Kecuali Perlis Dikuatkuasa PKPB

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Jumaat ini sehingga 4 Mac. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB), manakala Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP […]

» Read more
1 1,679 1,680 1,681 1,682 1,683 2,266