Biarpun Tewas UMNO Hargai Pengundi, Janji Terus Ke Depan Untuk Bangkit Kembali – Azhari

KUALA LUMPUR, 21 Mei –  Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata biarpun tewas pada pilihan raya umum yang baru berakhir kira-kira seminggu yang lalu, namun segala sokongan yang diberikan oleh segenap pengundi kepada parti perlu diambil kira dan diberikan penghargaan sewajarnya. Serentak itu beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi yang telah membuat pilihan dan insya-Allah dengan segala […]

» Read more

Puteri UMNO Kunjungi Najib, Beri Sokongan Moral Untuk Terus Tabah

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini telah mengadakan lawatan kepada bekas Perdana Menteri dan juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta. Kumpulan lebih 50 orang anggota Puteri UMNO itu tiba kira-kira pukul 8. 00 pagi dan berkesempatan menemui Najib sebelum beliau bertolak ke Pekan. Lawatan tersebut […]

» Read more

Kekalkan Keamanan Selepas PRU14 – Tengku Abdullah

KUANTAN, 19 Mei – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya mengekalkan keamanan dan perpaduan antara pelbagai bilangan bangsa dan kaum di negara ini. Baginda bertitah supaya mengenepikan sebarang sentimen perkauman dan perlu terus mengekalkan keharmonian, saling hormat dan toleransi antara satu sama lain. “Saya harap setelah negara kita baru sahaja selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Perkukuh Parti Untuk Teruskan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mesyuarat cawangan yang bermula hari ini adalah platform terbaik untuk pastikan UMNO kembali bangkit. Beliau percaya UMNO negeri itu akan terus bangkit kerana Kedah pernah merasa menjadi pembangkang dahulu. Jelas beliau, walaupun kali ini Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan pusat […]

» Read more

Bangkit Kembali Bina Parti Dari Keruntuhan, Aplikasi Mesyuarat Cawangan Suntik Semangat

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru agar semua ahli UMNO untuk bersama-sama kekal bersatu meneruskan perjuangan bagi terus memartabatkan maruah agama, bangsa dan tanah air. Jelas beliau, hanya orang yang benar-benar sayangkan UMO akan faham apa perjuangan UMNO dan akan terus kekal dalam parti keramat ini walaupun UMNO tewas dalam […]

» Read more

Wan Rosdy Mahu Tingkat Sistem Penyampaian Kerajaan Negeri

KUANTAN, 16 Mei – Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berazam untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan negeri dengan melonggarkan kekangan birokrasi berhubung beberapa perkara tertentu. Wan Rosdy yang dilantik menjawat jawatan itu semalam, berkata ini termasuk menurunkankan kuasa menteri besar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk membolehkan sesuatu perkara diproses dengan lebih […]

» Read more

MB Pahang Mulakan Tugas Hari Pertama

KUANTAN, 16 Mei – Menteri Besar yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ramly memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Seri Pahang di sini pada 10 pagi tadi. Ketibaan beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohamed Safian Ismail dan disambut warga kerja kerajaan negeri. Sejurus tiba di lobi wisma berkenaan, Wan Rosdy meletakkan ibu […]

» Read more

MIC, MCA Bersama BN Lakukan Perubahan

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Parti MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan. Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan. Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang […]

» Read more

Abang Johari Pertahan Cadangan Projek LRT

KUCHING, 14 Mei – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mempertahankan rancangan beliau melaksanakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Bandaraya Kuching. “Banyak pengkritik yakin saya melakukan kesilapan sekiranya membina LRT bagi Bandaraya Kuching. “Saya akan tunjuk kepada anda bahawa saya betul kerana saya memikirkan tentang masa depan Kuching dan mereka silap kerana mereka berpendapat […]

» Read more

Wanita UMNO Hormati Keputusan Datuk Seri Najib, Rakam Penghargaan Atas Sumbangan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pergerakan Wanita UMNO mengucapkan terima kasih dan menghormati serta menerima keputusan Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Najib telah berkhidmat di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad […]

» Read more
1 1,658 1,659 1,660 1,661