Peniaga Kecil Melayu, Bumiputera Pula Diabaikan?

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar membuka ‘telinga’ mendengar rintihan peniaga kecil-kecilan kaum Melayu dan Bumiputera.

Dalam Facebook miliknya hari ini, Ahmad mengesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Khalid Samad mendengar suara peniaga tersebut serta bersimpati kepada kebajikan mereka.

“Dengar. Dengar. #DBKL & Menteri @KhalidSamad, simpatilah kepada peniaga kecil #Melayu #Bumiputera.

“Diberitakan lepas ini tak boleh niaga tepi jalan, hanya boleh jika guna kenderaan (food truck).

“Tak semua ada modal beli kenderaan itu,” katanya yang merujuk kepada keratan akhbar dari Utusan Malaysia.

Tegas Ahli Parlimen Pontian itu lagi, seharusnya pemimpin kerajaaan PH berfikir dahulu kesannya kepada rakyat sebelum membuat sesuatu dasar.

“Fikir sebelum buat dasar!

“#SuaraRakyat suara keramat!,” ujarnya sebagai peringatan kepada PH. – MediaUMNO

https://t.co/h9YqHLmIg4

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.