Biar Mereka Ghairah Kutip Sampah Sarap… UMNO Perkukuh Azam Untuk ‘Reinvent’ dan Transform


KUALA LUMPUR, 31 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengajak ahli-ahli UMNO memperkukuh azam untuk “reinvent” dan transform menjadi parti yg lebih inklusif, sederhana, bersih, bebas rasuah dan paling penting tegar membela rakyat.

Beliau berkata demikian menerusi Twitternya ketika memberikan maklumbalas berkaitan Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2018.

“Mendengar ucapan Naib Presiden Bersatu dan sambutan perwakilan terhadap cadangannya, sahlah pendapat saya bahawa Bersatu adalah UMNO 2.0 dan ‘Super-UMNO’.

“UMNO sendiri dalam proses reinventing dan membuang cara lama… dan kita harap UMNO tidak akan menjadi seperti Bersatu…wajib berubah!”

Katanya, sementara Bersatu ghairah mengutip sampah sarap UMNO, kita mesti perkukuh azam untuk “reinvent” dan transform. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.