‘Taktik Mudah’ PPBM Jual Produk Politik Kononnya Untuk Gantikan UMNO Bela Melayu


KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ucaptama pembukaan dan Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ibarat satu ‘taktik mudah’ menjual produk politik mereka kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan seterusnya mahu mengubah fikiran orang Melayu bahawa PPBM mampu mengantikan UMNO sebagai parti orang Melayu.

Demikian kata profesional Melayu yang juga Peguambela dan Peguamcara, Adzly Ab Manas mengulas berkaitan ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, secara keseluruhan Tun M telah membuat pernyataan bahawa UMNO sudah tiada dan PPBMlah parti baru Melayu yang akan membawa orang Melayu Malaysia ke arah kemajuan dan membawa keluar orang Melayu dari kemelut kemiskinan sedia ada.

“YAB Tun M menyatakan bahawa UMNO sudah rosak dan tidak mampu lagi membantu orang Melayu kerana telah tewas pada PRU14 lantas tidak lagi mempunyai kuasa memerintah di negara ini.

“Kenyataan Cash is King, pemimpin UMNO rasuah, kejar kekayaan, curi harta rakyat, beban hutang dan pemimpin UMNO ingin jadi ditaktor disebut dalam ucapkan YAB.

“Gula-gula atau janji seperti hendak membantu orang Melayu dalam ekonomi, perniagaan, menurunkan kos sara hidup di bandar dan desa, memberi peluang kepada anak-anak muda latihan dan seterusnya menceburi perniagaan, berjanji untuk membantu Enterpenuer Wanita Melayu yang berjaya untuk lebih berjaya, golongan profesional seperti saya lebih berdaya maju, permit dan project etc…. merupakan antara Selling Points PPBM untuk mendapat sokongan orang Melayu.”
Soalnya, adakah golongan Profesional Melayu sepertinya dan rakan-rakan lain akan ‘terpikat’ dengan ‘Selling Points’ PPBM ini?

“Bagi saya, kehidupan harus diteruskan macam biasa. Kalau berharap sangat… takut kecewa nanti. Progress adalah satu perjuangan… Jika kali ini gagal kita cuba lagi sampai berjaya.

“Apa yang saya nampak dalam ucapan Tun ialah PPBM dikatakan mampu mengantikan UMNO. Mereka adalah ‘Government of the Day’, maka buktikan dan kotakanlah apa yang di kata….”

Tegasnya yang juga pengamal Syariah dan Mediator, persaingan antara PPBM dan UMNO amat dialu-alukan kerana tanpa persaingan kita tidak mampu progress jauh.

“Kedua-dua parti Melayu ini tetap relevan dikaca mata golongan profesional seperti saya dan rakan-rakan yang lain. Politic is an Art of Possibility,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.