Tg Razaleigh Masih Pertimbang Tanding Jawatan Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata beliau sedang mempertimbang pandangan pelbagai pihak yang mahu beliau bertanding jawatan tertinggi UMNO itu. Namun, katanya, beliau merasakan orang muda perlu diberi tanggungjawab memimpin parti yang […]

» Read more

Norsabrina Akan Tanding Jawatan Exco Wanita UMNO

KULIM, 12 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Datuk Norsabrina Mohd Noor menawarkan diri bertanding sebagai Exco Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada pemilihan parti itu kali ini. Norsabrina yang juga Ketua Pu¬teri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, berkata keputusan itu diambil berikutan beliau mahu memberi lebih perhatian dalam memperkuatkan semula UMNO di kawasannya selepas meraih kemenangan […]

» Read more

Jamelah Umum Tidak Bertanding Jawatan Exco Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Exco Wanita UMNO Datuk Jamelah Abu Bakar mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti itu kali ini. Serentak dengan itu, beliau juga mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam UMNO yang dipegangnya iaitu Pengerusi Biro Media dan Penerbitan Wanita UMNO, Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Wanita UMNO Pulau Pinang dan Anggota Jawatankuasa […]

» Read more

UMNO Johor Hormati Keputusan Hishammudin Tidak Tanding Jawatan UMNO Pusat

JOHOR BAHRU, 10 Jun – UMNO Johor menghormati keputusan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat pada pemilihan parti itu 30 Jun ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Naib Presiden UMNO itu diterima pihaknya walaupun ia sesuatu yang memeranjatkan dan mendukacitakan. “Kita terpaksa menghormati keputusan Datuk Seri […]

» Read more

Agong Serah Sumbangan Kepada Asnaf Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH, 10 Jun — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 400 asnaf dalam jajahan ini di Masjid Mukim Dalam Rhu di sini. Pada majlis itu juga, Seri Paduka turut berkenan menyerahkan kaca mata kepada 500 penerima. Terdahulu, Sultan Muhammad V tiba di masjid berkenaan untuk berbuka puasa dan solat Maghrib bersama […]

» Read more

Dua Puteri UMNO Sabah Tawar Diri Tanding Exco Puteri

KOTA KINABALU, 10 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Sabah mengetengahkan dua calon Exco Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan pergerakan sayap 23 Jun ini. Ketua Puteri UMNO Sabah Normalah Rasik berkata dua calon yang menawarkan diri untuk pemilihan Exco Puteri UMNO itu ialah Ketua Puteri UMNO Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Puteri UMNO Kota Marudu Sharifah Lydia Sharif Dandan. “Puteri UMNO […]

» Read more

Faezah Tawar Diri Tanding Naib Ketua Puteri UMNO

SEREMBAN, 9 Jun – Nur Faezah Fazal, Pegawai Khas kepada Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini. Nur Faezah, 28, berkata beliau harap dapat diberikan kepercayaan daripada anggota untuk mengalas tanggungjawab tersebut. “Sejak saya bersama UMNO, saya menyedari perjuangan ini bukan perjuangan yang sementara. Perjuangan ini tidak […]

» Read more

Annuar Umum Jawatan Bakal Ditandingi Minggu Depan

KOTA BHARU, 9 Jun – Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk bertanding pada pemilihan UMNO, namun akan membuat pengumuman jawatan apa yang bakal ditandingi itu pada minggu depan. Anggota Parlimen Ketereh itu berkata beliau perlu melawat banyak negeri bagi memberi penerangan supaya proses pemilihan parti tersebut berjalan dengan baik. “Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran […]

» Read more

Sultan Selangor Amat Dukacita Tindakan Orang Melayu Hasut Benci Raja

SHAH ALAM, 8 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-raja Melayu. Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri. “Peranan institusi raja adalah bagi memelihara […]

» Read more

Pengerusi BiKUM Tawar Diri Untuk Terus Berkhidmat Kepada UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Menurut beliau politik semasa hari ini memperlihatkan parti berdepan cabaran besar untuk bangkit semula sebagai sebuah parti bermaruah, berkuasa dan diterima rakyat. “Jadi, untuk #UMNOBANGKIT parti mestilah menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Paling […]

» Read more
1 1,654 1,655 1,656 1,657 1,658 1,661