Pengakuan Dr Mahathir Mengesahkan DAP Penentu Dasar Dan Perjalanan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir akan peranan besar DAP dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk menentukan kedudukannya sebagai Perdana Menteri mengesahkan bahawa DAP sangat berpengaruh dalam Kerajaan PH.

Ini juga bermakna jelas beliau penafian yang dibuat oleh beberapa pimpinan PH apabila ramai pihak menyatakan bahawa DAP sangat berpengaruh dalam Kerajaan PH selama ini adalah tidak benar apabila PM sendiri mengakui bahawa DAP sangat penting dalam gabungan Kerajaan PH.

“Hakikatnya kita dapat melihat kekuatan DAP dalam Kerajaan PH apabila pemimpin DAP diberikan posisi atau peranan besar umpamanya Menteri di Kementerian Kewangan, Menteri di Kementerian Penerangan Dan Komunikasi, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa lagi.

“Ini memperlihatkan DAP menjadi penentu kepada banyak dasar dan perjalanan Kerajaan PH”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Malah tegas beliau jika mereka (DAP) tidak mengetuai sesuatu Kementerian DAP akan meletakkan Timbalan Menteri mereka umpamanya di Kementerian Pertahanan, dan Kementerian Pendidikan.

Kita tidak rasis dalam soal ini kerana sewaktu Kerajaan BN juga ramai pimpinan MCA atau GERAKAN yang mewakili kaum Cina diberikan peranan.

“Namun sikap DAP yang masih tidak berubah serta masih berpegang kepada prinsip lamanya menyebabkan banyak perkara yang menimbulkan perasaan tidak puashati terutama di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputra. Ini sangat jelas walaupun PM mengatakan bahawa DAP sudah berubah”, ujarnya.

Perkara ini tambah beliau lagi boleh dilihat dalam beberapa isu yang berlaku misalnya isu ICERD, isu kematian anggota BOMBA, penjualan banyak aset TH dan benerapa agensi kerajaan yang lain.

“Ini semua menunjukan pengaruh DAP yang menentukan serta menyebabkan perkara ini berlaku.

“Saya lihat DAP memang mempengaruhi PM dalam banyak keadaan apatah lagi PKR walaupun kerusi mereka melebihi DAP namun mereka sangat lemah berbanding DAP apatah lagi TPM tidak mempunyai kekuatan melawan DAP”, katanya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.