Pengakuan Dr Mahathir Sahkan Kerajaan PH Hanyalah ‘Puppet’ dan ‘Proksi’ Dap


KUALA LUMPUR, 8 Jan – Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Dap memainkan peranan besar dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk kedudukan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kenyataan Tun Mahathir harus diteliti dan dilihat sebagai satu pengakuan kepada kebenaran apa yang UMNO cuba sampaikan sebelum ini betapa bahaya dan tergugatnya orang Melayu, Islam dan Bumiputera hari ini kerana sedang berdepan dengan pemerintahan kaum minoriti Dap.

Tegasnya, Tun Mahathir dan kepimpinan Melayu dalam Kerajaan PH hanyalah “Puppet” dan “Proksi” yang mengikut telunjuk bangsa Dap.

“Sebelum ini dilihat seolah-olah pembangkang cuba menakut-menakutkan rakyat khususnya orang Melayu apabila ramai dikalangan pemimpin dari UMNO dan Pas cuba menyampaikan dan membayangkan keadaan sebenar pemerintahan negara hari ini di bawah Kerajaan PH.

“Perkara ini dilihat kononnya cubaan membangkitkan ketidakselesaan antara kaum dan pemimpin UMNO dituduh “rasis” bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana bangsa Dap ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai “puppet” dan boneka semata.

“Bagi saya ianya tidak mengejutkan malah ini yang kami cuba sampaikan kepada rakyat apabila sebilangan kecil dari kaum minoriti sedang menentukan halatuju negara kita yaitu Bangsa DAP dalam tulisan saya sebelum ini https://dsismailsabri.com/icerd-gugat-kedudukan-melayu-dan…/,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebooknya, hari ini.

Katanya, jelas melalui pengakuan Tun Mahathir bahawa Anwar Ibrahim yang akan mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas ini juga merupakan perancangan dan penentuan yang telah ditetapkan oleh Dap.

“Sama ada Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PH ini , mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada Dap.”

Tegasnya, tidak hairanlah tindakan dan dasar Kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan seperti berikut:

• Perlantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara ,Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang mesra DAP.Banyak kementerian-kementerian penting dikuasai oleh DAP samaada sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

• Lihat sahaja Bajet kerajaan PH yang tidak langsung memberikan tumpuan kepada golongan B40 yang ramai dari golongan ini merupakan masyarakat kaum melayu dan bumiputera terutama yang berada di luar bandar.

• Bagaimana insentif yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu terhadap rakyat miskin melayu dan bumiputera dihapuskan.

• Bagaimana insentif-insentif untuk peniaga kecil bumiputera seperti “Status Kontraktor Bumiputera” tidak lagi diteruskan.

• Kita boleh lihat bagaimana beberapa institusi-institusi penting “ Orang Melayu” Bumiputera dan Islam seperti Felda,Felcra ,Khazanah dan Tabung Haji diceroboh oleh Bangsa DAP.Kenapa perlu hak berkaitan Islam perlu diurus oleh orang bukan Islam?

• Tabung Haji yang 100% milik dan hak Orang Islam diletakkan dibawah seliaan Kementerian Kewangan yang dikawal oleh Menteri Kewangan LGE yang jelas bukan Islam.Penjualan aset Tabung Haji yang sebelum ini menjadi kekuatan dan asas keuntungan yang membolehkan pencarum dan pemilik akaun di Tabung Haji yang mana 100% Islam mendapat dividen tertinggi setiap tahun.Ini juga usaha kerajaan BN sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam dan Bumiputera. – MediaUMNO