BN, Pas Sekali Lagi Sepentas Dalam Pentas Perdana PRK Cameron Highlands

JELAI, 20 Jan – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands memperlihatkan kerjasama, kesepakatan dan permuafakatan antara Barisan Nasional (BN)/UMNO dan Pas semakin kukuh dalam blok pembangkang. Ini dapat dilihat di dalam beberapa siri kempen untuk memenangkan calon BN, Ramli Mohd Nor bagi mempertahankan kerusi kawasan Parlimen tersebut, baik ketika kempen rumah ke rumah, penganjuran program hinggalah kepada ceramah perdana […]

» Read more

Guan Eng Terdesak, Manipulasi Hutang Pahang Jadi Bahan Kempen PRK C.Highlands

JELAI, 20 Jan – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang memanipulasi isu hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Menurutnya, perkara tersebut telah pun dijelaskan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di mana sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan […]

» Read more

Calon PH Hanya Pandai Buat Tohmahan, ‘Gajah Di Depan Mata Tak Nampak?’ – Wan Rosdy

JELAI, 20 Jan – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menempelak calon Pakatan Harapan (PH) dari parti Dap, M.Manogaran yang berterusan membuat tohmahan tanpa fakta. Tindakan Manogaran itu bidas Wan Rosdy boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu ‘gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan kelihatan’. Terbaharu, Manogaran menuduh Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan […]

» Read more

Ketua Hakim, Menteri Dan Peguam Negara Cemarkan Institusi Perundangan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Institusi Kehakiman dan sistem keadilan negara terutamanya institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara dilihat tercemar dan diragui kredibiliti serta kebebasannya, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya, situasi ini berlaku apabila kehidupan sosial individu-individu penting dalam institusi ini dipersoalkan apabila bukti dilihat melalui video yang menjadi tular ketika ini. “Sepatut […]

» Read more

UMNO Sabah Desak Kajian Lebih Mendalam Sebelum Kerajaan Pindah Milik SESB

KOTA KINABALU, 19 Jan – UMNO Negeri Sabah hari ini mendesak agar kajian yang lebih mendalam di lakukan sebelum sebarang aktiviti transisi atau pemindahan hak milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri Sabah. Pengarah Strategik Dan Komunikasi UMNO Sabah, Ghazalie Ansing berkata, UMNO Sabah khuatir jika tindakan terburu-buru yang diambil bakal memudaratkan lagi SESB dan pembekalan tenaga di […]

» Read more

Majlis Sosial Melibatkan Ketua Hakim, Peguam Negara Dan Orang Politik Amat Memalukan

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Pemuda UMNO menyifatkan penularan video majlis tari menari yang turut melibatkan personaliti-personaliti seperti Menteri di JPM (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara TS Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan peguam-peguam politik yang dilihat pro Pakatan Harapan seperti Datuk Ambiga dan Siti Kasim adalah suatu yang amat memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara. […]

» Read more

Penyalahgunaan Kuasa Dan Politik Ugut-Mengugut Di PRK Cameron Highland Serlah Tingkah PH

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Sekretariat Suara Rakyat UMNO Malaysia memandang berat perkembangan terkini yang berlaku di kawasan PRK P078 Cameron Highland. Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sejak Barisan Nasional (BN) menamakan ACP (B) Ramli Mohd Nor sebagai calon PRK P078, kepimpinan DAP bagaikan cacing kepanasan. “Bermula dengan fitnah, kononnya ACP Ramli akan menyertai Pakatan Harapan (PH) jika menang, […]

» Read more

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Digesa Selesai Segera Isu Salib

JELUTONG, 19 Jan – UMNO Jelutong menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang segera menyelesaikan isu berkaitan paparan lambang salib di Grace Residence, Jelutong, di sini. Jelas Naib ketuanya Mutalib Samsudin, kerajaan negeri seharusnya lebih sensitif berkaitan soal agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini apatah lagi kedudukan bangunan tersebut terletak diperkampungan Melayu. “Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim […]

» Read more

Tolak PH, Orang Muda Tidak Mahu Terus Ditipu…

JELAI, 19 Jan – Selepas seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, semakin jelas penolakan rakyat terutama golongan muda terhadap Pakatan Harapan (PH), tegas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan. Menurutnya, ini berdasarkan kepada hasil turun padang Puteri UMNO ke beberapa tempat di kawasan parlimen di mana golongan muda yang ditemuinya rata-rata meluahkan perasaan kecewa kerana tertipu […]

» Read more

Tuduh BN Tak Buat Kerja, Walhal PH Batalkan Peruntukan

Jelai, 19 Jan – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat. Bahkan katanya, ia berpunca daripada tindakan kerajaan PH yang membatalkan peruntukan beberapa projek pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Cameron Highlands pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu. “Dulu ada juga […]

» Read more
1 1,645 1,646 1,647 1,648 1,649 1,746