421,479 Dos Suntikan Vaksin Diberikan Semalam, Tertinggi Dalam Sehari

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 157,445 adalah dos kedua. Sebelum ini jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lepas. – BERNAMA

» Read more

Azmin Ke Hagia Sophia Atas Tujuan Apa, Membersihkan Lantai Juga Ke? – Zahida

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengkritik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan tersebar gambar beliau melawat bangunan ikonik Hagia Sophia ketika berada di Turki. Katanya, sebagai pemimpin negara Azmin seharusnya perlu sensitif dengan keadaan rakyat yang ketika ini berhadapan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Rakyat […]

» Read more

Dakwaaan Suntikan Vaksin Lepasi Tarikh Luput Tidak Benar – Khairy

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Siasatan awal mendapati dakwaan mengatakan terdapat suntikan vaksin COVID-19 yang diberikan telah melepasi tarikh luput adalah tidak benar, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan tarikh luput vaksin dos kedua yang diberi dan tertera di aplikasi MySejahtera individu terbabit sebenarnya merupakan tarikh luput […]

» Read more

Azmin Kalau Sudah ‘Mati Rasa’ Baik Letak Jawatan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempersoal kewajaran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikatakan mengambil kesempatan melancong ke tempat bersejarah Hagia Sophia di Turki. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab ketika rakyat masih bergelut dengan angka pandemik COVID-19 yang tidak menunjukkan penurunan saban hari. […]

» Read more

COVID: Kadar Kebolehjangkitan 1.15 Setakat Semalam, Putrajaya Tertinggi

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Selangor dengan nilai Rt (1.18), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing (1.17), Pahang (1.14) serta Sabah, […]

» Read more

Sarawak Beralih Ke Fasa Dua PPN Mulai Rabu Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sarawak merupakan negeri terbaharu yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri tersebut. “Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 […]

» Read more

Permohonan Pengeluaran i-Citra Dibuka, Bantu Kelangsungan Hidup

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Permohonan pengeluaran i-Citra bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah mula dibuka hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan. Pemerhatian Bernama di laman rasmi Facebook KWSP mendapati pengumuman mengenai pembukaan permohonan dibuat seawal 11.34 malam semalam, dan berdasarkan komen pengguna Facebook, ramai telah mula memohon i-Citra sejak tengah […]

» Read more

SOP Di KLIA Terperinci, Selamat Untuk Atlet – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah mengaplikasi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan keselamatan kontinjen negara yang berlepas ke Olimpik Tokyo berada pada tahap terbaik berikutan wabak COVID-19. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang mengadakan tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa […]

» Read more

291,217 Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Diberi Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos. Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua. Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan […]

» Read more

Tujuh Lokaliti Di Sabah, Satu Di Kelantan Dikenakan PKPD – TPM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini sehingga 26 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort; Kampung Tebongon (Putatan); Borneo Timber (Tongod) serta Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala […]

» Read more
1 1,586 1,587 1,588 1,589 1,590 2,270