Tun M, Cukuplah… Penolakan Kerana Rencana Tun Sendiri, ‘Perangkap Makan Tuan’

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkhianatinya dan parti hanya kerana Tun Mahathir beranggapan bahawa jawatan Perdana Menteri adalah untuk beliau selamanya sahaja. Katanya, telah sampai waktunya Tun Mahathir mengakui bahawa penolakan terhadap dirinya adalah kerana rencana Tun […]

» Read more

“Tangguh Hari Ini Sahaja…” Zahid Beri Jaminan Kes Tidak Akan Digugurkan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sesi perbicaraan yang melibatkan dirinya hanya ditangguhkan pada hari ini sahaja dan akan bersambung seperti biasa esok, Selasa. Demikian kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam satu kenyataan media, hari ini di sini. Dilaporkan, Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kes perbicaraan Ahmad Zahid yang didakwa melakukan […]

» Read more

Hentikanlah Polemik Pelantikan PM, Cukup-cukuplah Berpolitik – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru semua pihak untuk menghentikan polemik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana rakyat sudah semakin jemu dan muak dengan permainan politik yang dumulakan oleh Pakatan Harapan (PH). Katanya, Hormatilah kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membuat […]

» Read more

Perhimpunan Haram Dan Hasutan Sudah Jadi Budaya PH, Tak Dapat Dipisahkan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan juga penyokong tegar mereka tidak mempedulikan amaran pihak polis yang melarang individu atau pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menganggap tindakan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang ini sememangnya […]

» Read more

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 2 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini. Beliau memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, tepat pukul 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri. Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum dibawa ke aras 5, yang […]

» Read more

Hormati Peraturan Perundangan, Jangan Campur Aduk Dengan Politik – Annuar

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya dengan kepentingan […]

» Read more

Saya Hanya Main FB, Kenapa Tun Masih Salahkan Saya? – Najib

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Tun Dr. Mahathir Mohamad masih terus menyalahkan dirinya dengan apa yang berlaku dalam politik tanah air. Menjawab tuduhan Tun tersebut, Najib menyenaraikan 12 kenyataan yang dimuatnaik di facebook beliau. Berikut adalah 12 kenyataan tersebut: 1. Yang menyebabkan populariti kerajaan dia jatuh dari 80% ke 20% […]

» Read more

Pemimpin Utama Kerajaan Negeri Sambut Baik Pelantikan Muhyiddin PM Kelapan

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan memperlihatkan kesepakatan baharu politik tanah air sekali gus menamatkan kemelut politik negara yang melanda sejak tujuh hari lepas, menurut kalangan pemimpin utama negeri. Mereka menyambut baik keputusan pelantikan itu yang diumumkan hari ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Antara […]

» Read more

Bersatu Bincang Dengan BN Bentuk Kerajaan Negeri Melaka – Mohd Rafiq

MELAKA, 29 Feb – Bersatu Melaka akan mengikut aturan situasi pusat parti itu dan akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) Melaka dalam memperoleh 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk Kerajaan Negeri Melaka. Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata setelah selesai perbincangan yang akan diadakan dalam masa terdekat, Bersatu Melaka dan […]

» Read more

PAS Akan Bantu Pentadbiran Kerajaan ‘Gabungan Baharu’ Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 28 Feb – PAS Johor hari ini memberi jaminan akan bersama-sama dalam memainkan peranan untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri di bawah ‘Gabungan Baharu’ berjalan lancar. Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pihaknya akan berbincang dengan rakan parti dalam gabungan baharu itu untuk menghulurkan bantuan demi kebaikan rakyat di negeri tersebut. “Saya bagi pihak PAS sangat bersyukur kepada Allah […]

» Read more
1 1,535 1,536 1,537 1,538 1,539 1,905