Saya Hanya Main FB, Kenapa Tun Masih Salahkan Saya? – Najib

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Tun Dr. Mahathir Mohamad masih terus menyalahkan dirinya dengan apa yang berlaku dalam politik tanah air.

Menjawab tuduhan Tun tersebut, Najib menyenaraikan 12 kenyataan yang dimuatnaik di facebook beliau.

Berikut adalah 12 kenyataan tersebut:

1. Yang menyebabkan populariti kerajaan dia jatuh dari 80% ke 20% sehingga mereka kalah teruk dalam PRK 5 kali berturut-turut: kerajaan PM7.

2. Yang jadikan ekonomi negara menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu: kerajaan PM7.

3. Yang jadikan pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia: kerajaan PM7.

4. Yang jual aset negara dibina masa BN secara lambak dan menaikkan hutang negara RM130 bilion sejak PRU-14 sehingga Rakyat marah: kerajaan PM7

5. Yang kencingkan rakyat berulang kali dengan segala janji manifesto bukan kitab suci mereka: kerajaan PM7

6. Yang umum keluar PH dan menyebabkan kerajaan PH tumbang: Parti PM7 sendiri.

7. Yang letak jawatan dalam parti dan kerajaan: PM7.

8. Yang pecat pemimpin-pemimpin yang sokong PM7: Parti PKR.

9. Yang gesa semua pihak supaya hormati budi bicara Agong: PM7i.

10. Yang jadi PM8: Muhyiddin.

11. Yang mempertikaikan dan tak puas hati dengan budi bicara Agong sekarang: PM7i.

12. Yang tak mahu jumpa PM7i: YDP Agong.

Dalam satu sidang media hari ini, Tun turut menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang paling banyak mengkhianati dirinya.

Hari ini, selepas politik negara menjadi huru-hara sejak runtuhnya kerajaan PH, semuanya ditamatkan apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.