Saksi Lewat : Hakim Beri Peringatan Kepada Pihak Pendakwa

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Barisan pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diberi ingatan agar jangan membuang masa mahkamah berikutan saksi yang ingin ditampilkan tiba lewat. Selain isu berkaitan saksi, barisan pendakwaan juga ditegur dengan tegas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Collin Lawrence Sequerah supaya bersedia dengan dokumen yang ingin ditampilkan di mahkamah. Mahkamah hari ini […]

» Read more

Tiada Apa Yang Pelik Semua Transaksi Dilepaskan, Tiada Kesalahan Undang-undang – Saksi

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, semua transaksi yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Lewis & Co dilepaskan kerana tiada berlaku apa-apa kesalahan undang-undang. Saksi pendakwa ke-40, Penolong Pengurus Khidmat Cawangan CIMB Bank Menara Binjai, Sharifah Aspaniza Syed Mustapha, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd. Jeffery Ong, menegaskan, kesemua transaksi […]

» Read more

10 ADUN Johor Angkat Sumpah Sebagai Exco

  JOHOR BAHRU, 6 Mac – Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, hari ini. Berangkat sama pada Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman […]

» Read more

PH Pengkhianat Sebenar Mandat Rakyat… Gagal Jaga Kepentingan Negara – Apli

KUALA NERUS, 6 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff berkata selepas 22 bulan meraih kuasa sebagai sebuah kerajaan, rakyat menjadi saksi Pakatan Harapan (PH) adalah pengkhianat sebenar kerana dilihat gagal menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. PH juga bidasnya adalah pengkhianat kepada mandat rakyat kerana gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “PH turut terpalit […]

» Read more

Tarik Balik Tuduhan: Lepas, Bebas Kes Rasuah Guan Eng… Antara Jasa Tommy Thomas Sebagai AG

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Dap, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, kerana melakukan rasuah menyebabkan mereka dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018. Demikian salah satu jasa-jasa besar Tommy Thomas selaku Peguam Negara kata Penganalisa Politik Dr Kamarul Zaman […]

» Read more

Apakah Shafie… Parti Warisan Cuba Main Dua Kolam? – Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menimbulkan persoalan berhubung pendirian yang diambil oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkaitan sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, namun pada masa yang sama mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri yang baru dilantik, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut beliau berdasarkan keadaan itu, terdapat […]

» Read more

Wayang Belum Habis Ke, Guan Eng? PH Jadi Kerajaan 655 Hari, Apa Yang Tak Sempat? – Najib

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak bekas Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih bermain wayang mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ini berikutan Setiausaha Agung Dap itu dalam satu kenyataannya yang turut disiarkan di beberapa laporan berita mengatakan berita baik mengenai PTPTN tidak sempat diumumkan […]

» Read more

Dong Zong Mula Susun Strategi, Kerajaan Baharu Tidak Perlu Tunduk – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berharap kerajaan baharu tidak perlu tunduk dengan tuntutan Dong Zong dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalah yang timbul secara baik. Menurut beliau sepanjang 21 bulan yang lepas umumnya sudah dapat lihat sifat sebenar pertubuhan rasis ini yang menentang dasar pendidikan negara dengan begitu […]

» Read more

13 ADUN BN Melaka Tarik Balik Kerjasama Dengan Dua Adun Bersatu

MELAKA, 5 Mac – Semua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak menarik balik kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri dengan dua ADUN daripada Bersatu. Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata justeru itu,13 ADUN BN berkenaan, semuanya daripada UMNO, akan bekerjasama dengan dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani […]

» Read more

Kegagalan Kerajaan Lalu Jadi Teladan, Perikatan Nasional Untuk Negara

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Sekarang masanya untuk mendahulukan keperluan dan kehendak rakyat setelah habisnya tempoh berpolitik dengan menjadikan pentadbiran kerajaan lalu yang gagal mendengar suara hati rakyat sebagai teladan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Md Shah menyifatkan kehadiran kerajaan Perikatan Nasional sememangnya amat dinantikan dan disambut baik oleh masyarakat Malaysia berbilang kaum kerana telah terlepas daripada cengkaman […]

» Read more
1 1,531 1,532 1,533 1,534 1,535 1,904