Dakwaan Prof Dr Jomo Timbulkan Pelbagai Persoalan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 18 April – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkongsi pandangannya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Penasihat Kerajaan lama Pakatan Harapan(PH) Prof Jomo Kwame Sundaram yang mendakwa peristiwa perubahan kerajaan pada bulan Februari telah menyebabkan masa dibazirkan untuk hadapi COVID-19.

Menurut Asyraf lagi, pengakuan Prof Dr Jomo bahawa Kementerian Kesihatan sudah mula bercakap mengenai Virus COVID-19 sejak 3 Januari menimbulkan pelbagai persoalan di mata umun.

“Persoalannya kenapa Prof selaku Penasihat Kerajaan PH terdahulu tidak menasihati Kerajaan dengan betul untuk menghalang Pelancong China daripada terus masuk sedangkan awal Februari PH masih pertahankan polisi untuk terus membuka pintu kepada pelancong China,” katanya menerusi hantaran di facebook.

Asyraf seterusnya menambah apa jua alasan  tentunya rakyat dapat membuat penilaian tersendiri terhadap apa yang berlaku.

“Apa jua alasan, saya percaya majoriti rakyat bersyukur Kerajaan PH jatuh  kerana kerajaan baharu pantas mengambil tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk menutup pintu negara kepada pelancong luar sehingga Malaysia hari ini diiktiraf dunia antara yang paling efektif dan efisyen menangani Pandemik Covid-19. Apa pandangan semua,” tambahnya.- UMNO ONLINE

Baca berita penuh di capaian berikut:

https://m.malaysiakini.com/news/521235

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.