Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 Buka Tirai Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 membuka tirainya pagi ini dengan upacara perasmian dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Auditorium Menara Dato Onn. Pertandingan ini dijadual bermula pada 10 pagi di mana 39 orang peserta akan melakukan pidato secara penggiliran manakala setiap tiga orang peserta ini mewakili negeri masing-masing bagi merebut […]

» Read more

Shahril Hamdan Pastikan Kelancaran Pidato Piala Presiden UMNO 2021, Ikuti Secara Langsung

KUALA LUMPUR 15 Okt – Menjelang tirai Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang akan bermula esok, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan telah memberikan taklimat ringkas kepada para peserta agar segala perancangan akan dapat dilaksana dengan lancar. Bertempat di Auditorium UMNO Aras 4 Menara Dato’ Onn, para peserta yang terdiri dari 39 orang mewakili negeri-negeri di seluruh negara mengambil tempat […]

» Read more

Selamat Bersidang, Manfaatkan Mesyuarat Cawangan Untuk Perkukuh UMNO – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak ahli-ahli parti di akar umbi untuk memanfaatkan mesyuarat UMNO peringkat Cawangan yang bermula hari ini sebagai ruang terbaik bagi memperkukuh parti. Katanya, UMNO adalah parti yang berteraskan ahli-ahli di akar umbi maka sewajarnya mesyuarat Cawangan adalah pentas untuk suara dari parti untuk diangkat ke peringkat atasan. […]

» Read more

Peruntukan Untuk Kesihatan Perlu Dilihat Sebagai Pelaburan Bukan Perbelanjaan – Khairy

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan agar peruntukan untuk kesihatan perlu dilihat sebagai satu pelaburan dan bukannya perbelanjaan, terutamanya dalam pencegahan dan rawatan untuk kanser. Beliau berkata sejak sekian lama, kerajaan telah memberikan subsidi hampir sepenuhnya terhadap ubat-ubatan paling berkesan, bagi memastikan rawatan terbaik untuk pesakit kanser. Beliau berkata rawatan baharu juga boleh didapati […]

» Read more

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Empat Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Okt). Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam […]

» Read more

PBB Malaysia Ucap Tahniah Malaysia Dipilih Sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia menyambut baik ikrar Malaysia untuk mengarusperdanakan semua dasar standard hak asasi manusia dan terlibat dengan perjanjian hak asasi manusia yang lain. Malaysia pada Khamis dipilih sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk penggal 2022-2024 dengan memperoleh 183 undi untuk menduduki satu daripada 18 kerusi. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, PBB […]

» Read more

Kementerian Kesihatan Buat Laporan Polis Terhadap Kumpulan Antivaksin

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Kementerian Kesihatan telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu sehingga mengancam kesihatan awam. Menterinya Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau berharap, tindakan susulan termasuk siasatan dan pendakwaan dapat disegerakan. “Kumpulan ini (antivaksin) terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” kata Khairy sambil menyertakan pautan Twitter seorang […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan UMNO: Ahli Parti ‘Tiang Seri’, Bawa Perjuangan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan ahli akar umbi, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebagai ‘tiang seri’ parti keramat ini untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Beliau berkata mereka ini merupakan harapan kerana di sebalik sejarah panjang UMNO, golongan ini yang meneruskan perjuangan parti di sebalik menempuhi pelbagai cabaran. “Kamulah harapan […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan UMNO: Terus Istiqamah, Bersatu Hati Dan Teguhkan Iltizam – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Persidangan UMNO cawangan merupakan satu medan yang terbaik bagi semua ahli di peringkat akar umbi. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak seluruh ahli dan pergerakan sayap agar terus sama-sama istiqomah dan berkerja demi rakyat. “Selamat bersidang kepada semua ahli-ahli UMNO peringkat cawangan di seluruh negara bermula pada 15 Oktober hingga 30 November 2021. […]

» Read more

Cabaran Sekarang Adalah Memulihkan Imej Kerajaan Di Mata Rakyat – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata ada yang bertanya apakah yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri apabila mentadbir kerajaan. Dr Najmil masih ingat ketika Ahli Parlimen Bera itu dipilih sebagai Perdana Menteri, rakyat meletakkan harapan tinggi kepadanya dan ada juga segelintir yang mengecam. “Imej kerajaan telah dicalarkan […]

» Read more
1 1,496 1,497 1,498 1,499 1,500 2,272