PH Tak Letakkan Rakyat Sebagai Keutamaan … Lihat Saja Selangor – Nadzim Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Mohamad Nadzim Ibrahim berkata kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ternyata gagal mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya, malah rakyat tidak menjadi keutamaan. 

Ini kerana katanya disebabkan kurangnya kepimpinan dan tidak tahu mentadbir maka PH tidak meletakkan keutamaan untuk rakyat.

“Ketika PH berada di Kerajaan Pusat dan negeri mereka dapat selari dan selaras tapi rakyat bukan keutamaan. Sepatutnya pentadbiran mereka menjadi lebih mudah… namun selepas PH tumbang di Persekutuan, kerajaan Negeri Selangor mula goyang dan kucar-kacir akibat masalah kepimpinan di kalangan mereka.

“Akibat dari pentadbiran yang kucar-kacir tersebut maka pemimpin PH mula mencari jalan untuk kepentingan sendiri kerana mereka dapat merasakan bakal ditendang oleh rakyat.

“Rakyat Selangor sudah muak dan bosan dengan pelbagai masalah yang dibawa kepimpinan negeri tersebut terutama sekali dalam isu ‘bread and butter’ yang tidak diambil berat oleh kerajaan Selangor,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Tambah Nadzim, rakyat Selangor sudah muak dengan kombinasi parti politik yang tidak bermaruah dan menggunakan pelbagai alasan untuk menghalalkan cara.

“Selangor adalah sebuah negeri yang berkepentingan bagi parti PKR dan Dap kerana mungkin untuk mengekalkan sumber kewangan mereka. Kerajaan PH Selangor tiada perancangan khusus jangka panjang dan pendek yang ini menampakkan kelemahan pentadbiran dan pengurusan mereka.

“Sistem dan amalan birokrasi berkepentingan dan mengekalkan kuasa di peringkat bawah akan tetapi rakyat Selangor semakin bijak menilai setelah terbongkar beberapa isu ketirisan kerajaan PH Selangor,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau merasa yakin bahawa Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali Selangor dan rakyat tahu menilai kemunduran prestasi wakil rakyat PH Selangor.

“Ini dapat dilihat apabila UMNO/BN memenangi tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan auranya terus berjaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sabah.

”Rakyat merasa kecewa apabila dipermainkan serta tertipu dengan dakyah dan fitnah PH semasa PRU lalu dan rakyat harus bangkit dan menyokong UMNO/BN pada PRU yang akan datang,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.