KEDA Bina 5,173 Unit Rumah Untuk Golongan Miskin Sejak RMK-4

KUALA NERANG, 13 Feb – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah membina 5,173 buah rumah untuk golongan miskin di negeri ini sejak penubuhannya lebih 40 tahun lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,311 rumah telah didirikan di 14 kampung tradisional manakala 3,862 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina di 44 kampung […]

» Read more

Kita Dah Buktikan Kerajaan UMNO Stabil – PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Tidak timbul isu kerajaan akan menjadi lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan, itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Muhammad Md Nor. Ismail Sabri berkata kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO, yang mendapat sokongan dari rakan-rakan parti […]

» Read more

PRN Johor: Penting BN Menang Untuk Kestabilan – Bung

TEBRAU, 13 Feb – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat penting bagi memulihkan imej dan maruah Melayu serta UMNO yang lahir di Johor Baharu. Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di dalam PRN Johor amat penting bagi memberikan isyarat kebangkitan rakyat memilih BN sebagai parti yang akan mengemudi pentadbiran negara pada […]

» Read more

MB Kedah Perlu Sedar PH, PN Punca Ketidakstabilan Politik… PPBM ‘Pancing Katak Politik’ Tidak Gila Kuasa?

ALOR SETAR, 13 Feb – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor perlu sedar bahawa ketidakstabilan politik di negara ini mula berlaku apabila Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang tipis di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Hashim Jahiya berkata untuk menstabilkan kerajaan PH […]

» Read more

Wakil Belia FELDA Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kerajaan bersetuju untuk melantik wakil belia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felda, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ketetapan itu dibuat sebagai mengiktiraf peranan belia Felda dan sama-sama membantu serta membangunkan tanah rancangan berkenaan. “Bagi mengiktiraf peranan belia Felda, saya bersetuju, saya telah maklumkan kepada Tok Yeh […]

» Read more

Cyber Rangers Wanita Sedia Berdepan Tohmahan, Cabaran Media Sosial PRN Johor – Norshida

JOHOR BAHRU, 13 Feb – Wanita UMNO Malaysia bersedia seratus peratus mendepani cabaran siber dan media sosial bagi Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) yang akan diadakan pada Mac nanti. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata pendekatan itu akan dilaksanakan menerusi jentera Cyber Rangers Wanita di peringkat negeri dan juga peringkat bahagian yang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. “Sepertimana gerakan sebelum ini […]

» Read more

PRN Johor: BN Bukan Seperti PH, Rangka Manifesto Bulan Dan Bintang – Bastien

KUALA LUMPUR, 13 Feb – UMNO sebagai parti yang mendukung Barisan Nasional (BN) akan memastikan manifesto yang diberikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak adalah realistik mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) lalu, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn. Jelas beliau ini kerana BN tidak akan mengulangi kesilapan dilakukan Pakatan Harapan (BN) yang […]

» Read more

Kestabilan Politik Sinonim Dengan UMNO – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa yang bergaduh sesama sendiri sehingga menjatuhkan Kerajaan sendiri setelah 22 bulan menjadi pentadbir bukan UMNO. Malah katanya, yang mengubah Menteri Besar sendiri dalam tempoh kurang setahun, juga bukan UMNO. “Yang kerap mengubah Pengerusi parti negeri, bukan UMNO. Yang tunda dan batal projek yang sepatutnya menguntungkan orang Johor semata-mata […]

» Read more

Kedatangan Ahmad Zahid Suntik Semangat UMNO Dan BN Sabah

KOTA KINABALU, 12 Feb – Kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ke Sabah yang berakhir petang tadi bukan sahaja memberikan semangat kepada pimpinan UMNO malah memperkukuhkan lagi BN negeri berkenaan. Selain ramah mesra bersama pimpinan UMNO negeri semalam, disusuli dengan mesyuarat BN Sabah serta perasmian persidangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) […]

» Read more

PRN Johor Diteruskan Dengan SOP Lebih Longgar

PORT DICKSON, 12 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka sebelum ini. Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata ia berdasarkan kajian daripada KKM yang mengambil kira kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam dan liputan vaksinasi negara yang tinggi pada masa ini membolehkan […]

» Read more
1 … 1,487 1,488 1,489 1,490 1,491 … 2,363