Ekspatriat Pengurusan Tertinggi Kini Dibenar Masuk Malaysia – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Jun – Kerajaan kini membenarkan ekspatriat melibatkan pengurusan tertinggi masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara. “Ekspatriat ini adalah daripada […]

» Read more

COVID-19: Kes Aktif COVID-19 Di Malaysia Bawah 500

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Jumlah kes COVID-19 di Malaysia yang aktif dengan kebolehjangkitan kini kurang lima peratus daripada keseluruhan 8,529 kes positif yang direkod setakat rangkuman mingguan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mengumumkan, sehingga pukul 12.00 tengah hari Khamis 18 Jun, jumlah kes aktif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 408 kes. […]

» Read more

Pertuduhan Gagal Bayar Cukai: Saya Yakin Tidak Bersalah – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Jun – “Saya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan kerana saya yakin saya tidak bersalah,” tegas Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Jelas beliau, pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau adalah tidak berasas dan dirinya hanya mangsa kerajaan dahulu yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH). Ahmad Maslan didakwa atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima […]

» Read more

Agong Zahir Takziah Pemergian Tokoh Sasterawan Dr Mohamed Ghazali

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh sasterawan Dr Mohamed Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali Malim Ghozali PK. Tokoh sasterawan itu meninggal dunia semalam, pada usia 70 tahun, akibat kanser. Menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian Allahyarham, Al-Sultan Abdullah berharap keluarga Allahyarham sabar dan tabah […]

» Read more

PRK Chini: Pucuk Pimpinan UMNO/BN Dengar Suara Rakyat Pilih Calon Muda – Farid

PEKAN, 19 Jun – Pemilihan Mohd Sharim Md Zain sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini membuktikan bahawa pucuk pimpinan UMNO/BN mendengar suara rakyat, kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor. Katanya, kini suara anak muda diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi apabila UMNO telah berjaya melakukan transformasi kepimpinan […]

» Read more

Teruja, Gembira Dan Berbesar Hati Pemuda Dipilih Menjadi Calon PRK DUN Chini- Nizar

  PEKAN,19 Jun – Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib merasa bangga dan terharu apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan calon di kalangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan untuk dipertaruhkan menjadi calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 DUN Chini. Katanya, calon Pemuda yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan UMNO dan […]

» Read more

Pahang Lancar Projek Rumah Rakyat Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

PEKAN, 18 Jun – Kerajaan negeri Pahang melancarkan program Rumah Rakyat Pahang bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata sumber kewangan bagi pelaksanaan projek itu diperoleh daripada Tabung Perumahan Rakyat Pahang dengan jumlah tidak melebihi RM55,000 selain sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000. Beliau berkata setakat ini, […]

» Read more

COVID-19: Kes Pulih Kekal Tiga Angka

PUTRAJAYA, 18 Jun – Sebanyak 127 kes pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan kes pulih di negara ini kekal tiga angka buat tiga hari berturut-turut. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,000 kes iaitu 93.8 peratus daripada […]

» Read more

Aplikasi Google Maps Bantu Penumpang Bas Rapid Rancang Perjalanan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendali operasi bas Rapid KL, Go KL, dan SMART Selangor, hari ini melancarkan perkongsian data melalui aplikasi Google Maps. Diusahakan dengan kolaborasi bersama Google, aplikasi yang menggunakan data disediakan oleh Rapid Bus itu berupaya membantu pengguna perkhidmatan bas berkenaan merancang perjalanan mereka dengan lebih […]

» Read more

KKMM Teruskan Program Info On Wheels

PEKAN, 18 Jun – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan meneruskan program penerangan pandemik wabak COVID-19, Info On Wheeks (IOW) walaupun negara sudah memasuki peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sebanyak 8,146 program IOW telah dilaksanakan di 40,822 lokasi di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac hingga Selasa lepas. […]

» Read more
1 1,478 1,479 1,480 1,481 1,482 1,932