Asyik Ratib Najib, Najib… Najib Pelawa Dr Mahathir Datang Ke Chini

PEKAN, 27 Jun – Bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad dipelawa bertandang ke Chini untuk berkempen bagi pihak calon Bebas yang disokongnya di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut. Demikian ulas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai tindakan Dr Mahathir yang jelas memberi sokongan kepada seorang […]

» Read more

Mohon Kebenaran Pejabat Agama Daerah, Tunai Ibadah Korban Di Kawasan Luas – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 26 Jun – Ahli Jawatankuasa Kariah (AJK) surau di kampung boleh memohon kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah bagi mengadakan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di kawasan lebih luas sekiranya surau sedia ada terlalu sempit. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan boleh mempertimbangkan kelulusan untuk tujuan itu bagi membolehkan amalan jarak sosial sekaligus […]

» Read more

Pusat Spa, ‘Wellness’ Dan Urut Kaki Dibenar Operasi Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan hari ini membenarkan pusat spa, ‘wellness’ dan urut kaki, untuk beroperasi semula mulai 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, operasi pusat itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan, seperti mengadakan pendaftaran dan pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka, […]

» Read more

PRK CHINI: Pengundi Tertua Tetap Mahu Keluar Mengundi

PEKAN, 26 Jun – Walaupun sudah menginjak usia 90-an dan berhadapan masalah pergerakan akibat faktor usia, seorang warga emas yang merupakan antara pengundi tertua bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, tetap berhasrat untuk mengundi pada 4 Julai ini. Walaupun masih wujud ancaman wabak COVID dan beliau berada dalam kategori berisiko atas sebab usia, tetapi Chik Ibrahim, […]

» Read more

Sekolah, Madrasah Tahfiz Dibenar Beroperasi Semula

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama perlu mengikut SOP […]

» Read more

ASEAN Perlu Pastikan Vaksin COVID-19 Nanti Pada Harga Berpatutan, Dikongsi Samarata – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 26 Jun – ASEAN perlu memastikan vaksin COVID-19, apabila sudah ada kelak, adalah pada harga berpatutan, boleh diakses dan dikongsi samarata untuk semua, kata Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata ASEAN bertanggungjawab melindungi populasinya daripada ancaman COVID-19 yang boleh membawa maut, dan vaksin amat diperlukan. “Walaupun kemajuan dalam pembangunan dan penghasilan vaksin dan ubat antiviral […]

» Read more

MOSTI Akan Laksana Projek Perintis Teknologi Robotik Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memulakan projek perintis penggunaan teknologi robotik dalam pelbagai sektor bagi menggantikan tenaga manusia, sekali gus menggurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, projek perintis yang dibangunkan pihak swasta itu akan dimulakan dengan sektor pembuatan dalam masa terdekat. Katanya, pelaksanaan itu adalah di bawah […]

» Read more

ASEAN Perlu Rangka Pelan Padu Tingkat Pelaburan, Wujud Peluang Pekerjaan – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan-kerajaan ASEAN perlu merangka satu pelan yang padu bagi melaksanakan dengan segera langkah-langkah atau “travel bubbles” antara negara-negara yang ‘hijau’ (jangkitan rendah) di tengah-tengah pandemik COVID-19 bagi meningkatkan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kemungkinan dalam masa terdekat, rantau ini juga boleh membukakan sempadan bagi pelancongan antara-ASEAN […]

» Read more

Agong Tinjau Pelaksanaan SOP, Sesi Pembelajaran Di SMK Danau Kota

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan pelajar sekolah di seluruh negara terserlah hari ini apabila baginda berkenan meninjau sendiri pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini. Ia susulan pembukaan semula sesi persekolahan […]

» Read more

PENJANA: Inisiatif Awal Pacu Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah inisiatif kerajaan yang tepat pada masanya bagi memulihkan ekonomi negara, sekali gus membantu rakyat menangani krisis ekonomi semasa pandemik COVID-19. Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Univeriti Tun Abdul Razak, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata secara keseluruhannya, PENJANA yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun […]

» Read more
1 1,469 1,470 1,471 1,472 1,473 1,928