Malaysia Tegas Mengenai Penyelesaian Dua Negara Konflik Palestin-Israel

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Malaysia hari ini mengulangi pendirian tegasnya berhubung penyelesaian dua negara bagi konflik Palestin-Israel. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian Malaysia mengenai isu itu sentiasa konsisten iaitu menolak tindakan unilateral dan menyalahi undang-undang Israel yang mahu melaksanakan pelan memperluas kawasan Palestin yang didudukinya di Tebing Barat. “Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan […]

» Read more

Proses Pencalonan PRK Slim ‘Tenang’ Dalam Norma Baharu

TANJUNG MALIM, 15 Ogos – Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim hari ini berjalan dengan lancar dan ‘tenang’ dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikenakan bagi mengekang pandemik COVID-19. Seawal 6.30 pagi, pihak polis telah mula mengawal trafik, pada ketika pengamal media juga dilihat tiba di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, di sini yang menjadi […]

» Read more

104 Individu Terkandas Di KLIA Sudah Ditempatkan Di Stesen Kuarantin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Sekumpulan 104 individu yang pulang dari luar negara dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam ekoran pesawat berkenaan tiada dalam senarai jadual asal, telah ditempatkan di stesen kuarantin. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penghantaran individu-individu terbabit ke stesen kuarantin tergendala seketika kerana menunggu persiapan hotel untuk menerima […]

» Read more

Peningkatan Beransur-Ansur Bagi Pacu Ekonomi Pada 2021 – BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Petunjuk ekonomi utama telah menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur selepas didorong oleh pertumbuhan global dan sokongan domestik yang berterusan, yang akan memacu prospek ekonomi pada 2021. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pembukaan semula aktiviti ekonomi, peningkatan dalam pasaran buruh termasuk pembiayaan yang kukuh mencerminkan tanda-tanda pengembangan. “Pembiayaan bersih mula meningkat […]

» Read more

PRK DUN Slim: SPR Laksana Garis Panduan Pencegahan COVID-19 Dengan Ketat

TANJUNG MALIM, 14 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengguna pakai Garis Panduan Pencegahan COVID-19, sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan dilaksanakan dengan ketat. Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, garis panduan itu akan digunakan di semua proses pilihan raya iaitu taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan […]

» Read more

Lebih 500 Polis Pantau Proses Penamaan Calon PRK DUN Slim Esok

TANJUNG MALIM, 14 Ogos – Lebih 500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan memantau perjalanan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, esok. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata polis akan melakukan dua sekatan jalan raya di Jalan Persekutuan di kilometer (KM) 117 arah selatan dan KM 121 arah utara menghala […]

» Read more

Ulang Tahun Pertama: MN Terus Diperkasa, Bakal Terima Anggota Baharu – Annuar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Setiausaha Agung I Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata sambutan ulang tahun pertama MN pada bulan hadapan bakal menyaksikan penyertaan anggota baharu. Ciapnya di Twitter, ia juga menunjukkan jalinan strategik yang semakin melebar. “Sambutan ulang tahun pertamanya Sept ini bakal menyaksikan MN diperkasakan dengan penyertaan anggota baru serta jalinan strategik yang lebih melebar, […]

» Read more

Gagal Tepati Janji, Makmurkan Ekonomi Sabah… Rakyat Akan Hukum Warisan – Abdul Aziz

KOTA KINABALU, 14 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain yakin rakyat akan menghukum Parti Warisan Sabah (Sabah) dan sekutunya Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Ini berikutan katanya, tindakan kerajaan negeri yang hanya pandai berjanji bulan dan bintang ketika berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu tetapi tidak dilaksanakan setelah menjadi […]

» Read more

Tidak Kira Siapa… BN Sedia Berdepan Calon PH Atau Mesra PH – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Sharil Hamdan berpandangan mana-mana parti sama ada Pakatan Harapan (PH) mahupun mereka yang mesra PH boleh meletakkan calon masing-masing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun apa yang pasti tegas beliau sudah pasti jentera parti akan berusaha sebaik mungkin dalam usaha membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd […]

» Read more

PRN Sabah Peluang Terbaik Rakyat Pilih Kerajaan Lebih Efisien – Noraini

KOTA KINABALU, 13 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah, Noraini Idris berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah peluang terbaik bagi rakyat di negeri itu memilih kerajaan yang lebih efisien berbanding sekarang yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH). Katanya, kerajaan Warisan/PH ternyata gagal mentadbir dengan baik dan seharusnya peluang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) […]

» Read more
1 1,464 1,465 1,466 1,467 1,468 1,958