Kemenangan BN Pada PRK Slim ‘Booster’ Untuk PRN Sabah, Gambaran PRU – Ismail Sabri

  TANJUNG MALIM, 21 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos nanti boleh dianggap ‘booster’ kepada rakan-rakan jentera parti untuk menghadapi  Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selain gambaran terhadap Pilihan Raya Umum (PRU). Menurut beliau keputusan yang akan dicapai […]

» Read more

Tolak Mereka Yang Mempunyai Agenda Lain, Pilih Mohd Zaidi Yang Ada Kemampuan – Shahril

TANJUNG MALIM, 21 Ogos –  Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mengingatkan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim agar membuat pilihan terbaik dengan memilih calon yang mampu menyelesaikan masalah seiring dengan tugas sebagai wakil rakyat. Menurut beliau perkara utama yang akan dibawa oleh wakil rakyat adalah untuk kepentingan masyarakat setempat dan sewajarnyalah seseorang itu datang daripada […]

» Read more

Munasabah Bung Moktar Ketuai PRN Sabah – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah bagi Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Beliau berkata semua pihak dalam BN meskipun mempunyai pandangan berlainan perlu bersama-sama memenangkan parti itu pada PRN 26 Sept depan. “Benar […]

» Read more

Bung Moktar Mahu Fokus Gerak Kerja Jentera PRN Sabah

KOTA KINABALU, 20 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau akan terus memberi fokus untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Beliau yang enggan mengulas mengenai kritikan sekumpulan pemimpin UMNO Sabah berhubung pelantikannya sebagai ketua pilihan raya berkenaan berkata, selaku ketua parti yang bertanggungjawab, beliau akan memastikan jentera pilihan […]

» Read more

PRN Sabah: MCA Sokong Sepenuhnya Bung Moktar Ketuai BN

KOTA KINABALU, 20 Ogos – MCA Sabah hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk mengetuai gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung berkata pendirian parti itu adalah seiring dengan semangat BN yang sentiasa diberi penekanan oleh gabungan tersebut. Pelantikan Bung Moktar yang […]

» Read more

Sebanyak RM512.5 Juta Disalurkan Kepada Kkm Setakat 7 Ogos, 2020 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Setakat 7 Ogos 2020, sebanyak RM512.5 juta telah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan kementerian tersebut untuk memerangi COVID-19, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata usaha pembendungan penularan pandemik itu adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi dan sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai […]

» Read more

KPT Garis Strategi Tingkat Kebolehpasaran Siswazah – Noraini

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan beberapa strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah pascapandemik COVID-19 yang termasuk membangunkan portal Graduates References Hub for Employment and Training atau ringkasnya GREaT. Menterinya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata antara perkhidmatan yang bakal disediakan dalam portal sehenti itu adalah perkhidmatan padanan pekerjaan, permohonan untuk reskilling atau kemahiran baharu dan upskilling […]

» Read more

PRK DUN Slim: Kerja Keras Jentera Parti Pelbagai Peringkat Asas Kemenangan BN

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Gerak kerja jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim boleh dianggap masuk ‘gear lima’ dan keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah digerakkan sepenuhnya dan fasa seterusnya adalah untuk melipatgandakan lagi usaha dalam memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Amin pada 29 Ogos nanti. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr […]

» Read more

Calon Bebas… Jangan Berselindung Di Sebalik Pokok Pisang – Mohamad

  TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Jangan berselindung di sebalik pokok pisang…kalau nak selindung, selindung di belakang tembok yang besar…jangan berselindung di belakang pokok pisang orang akan nampak badan serta muka siapa. Tidak payahlah berselindung di sebalik Bebas. Macam di Chini kita tahu siapa. Di sini lagilah ramai pemimpin mereka. Sini mungkin dekat dengan Kuala Lumpur dan mungkin Chini sebelum […]

» Read more

PRN Sabah: Kita Perlu Berada Dalam Satu Barisan Dan Wadah Yang Sama – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cara terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah dengan mencari jalan yang terbaik agar semua pihak berada di dalam satu wadah yang sama. Justeru beliau berpandangan perbedaan pendapat yang timbul mengenai PRN negeri berkenaan dapat dimurnikan dan jangan sesekali memberikan kekuatan kepada […]

» Read more
1 1,455 1,456 1,457 1,458 1,459 1,953