Malaysia Diiktiraf Berjaya Urus, Kawal Wabak COVID-19 – PM

PUTRAJAYA, 6 Julai – Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat. “Kita bersyukur […]

» Read more

Teliti Semula Prosedur, Cara Kerja Pentadbiran Kerajaan Pasca COVID-19 – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 6 Julai – Prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata cara lama yang dilaksanakan sejak sekian lama tidak lagi sesuai dalam situasi pasca-COVID-19 yang memerlukan penjawat awam mengubah cara kerja dalam membekalkan perkhidmatan. Pada perjumpaan pertamanya dengan […]

» Read more

Perbincangan Buka Semula Sempadan Antarabangsa Masih Berjalan

BERA, 5 Julai – Malaysia masih tidak akan membuka sempadan antarabangsa kepada pelancong dan pekerja warga asing, kerana perbincangan dengan negara yang dikategorikan zon hijau, masih berjalan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam perbincangan itu, Malaysia menekankan untuk memperolehi timbal balas, iaitu kebenaran rakyat Malaysia memasuki negara berkenaan. “Kita mahu timbal balas, iaitu kita buka […]

» Read more

Tiada Isu Diskriminasi Terhadap Pendatang Tanpa Izin Ketika Pengurusan COVID-19 – Adham Baba

KOTA TINGGI, 5 Julai – Kerajaan menyangkal laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Malaysia memperkenalkan PKP untuk menyelamatkan orang ramai daripada COVID-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara. […]

» Read more

COVID-19: Seramai 770 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Semalam Diperintah Kuarantin Wajib

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Sebanyak 770 individu daripada 771 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Thailand, Qatar, Australia dan Korea Selatan semalam, diperintah menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu hanya seorang […]

» Read more

RMK12: KASA Akan Pohon Peruntukan RM7 Bilion Selesai Masalah Air Di Kelantan

KOTA BHARU, 5 Julai – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memohon peruntukan RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) daripada kerajaan Persekutuan, bagi menyelesaikan masalah air secara holisitik di Kelantan. Menterinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia membabitkan tiga perkara utama iaitu tebatan banjir termasuk pembinaan empangan baharu, penggantian paip-paip lama yang berusia lebih 40 tahun bagi […]

» Read more

Mohd Sharim Mula ‘Bertugas’ Selepas Menang PRK Chini

PEKAN, 5 Julai – Baru sahaja malam tadi diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, wakil rakyat baharu kawasan itu Mohd Sharim Md Zin hari ini mula turun padang menyantuni masyarakat. Seawal 8.00 pagi lagi, Mohd Sharim meluangkan masa bersarapan dengan penduduk Felda Chini 3 di sebuah warung roti canai sebelum ke Pasar Tani Kekal […]

» Read more

COVID-19: Orang Ramai Perlu Berwaspada Walaupun Penularan Tempatan Terkawal

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Orang ramai diingatkan berwaspada terutamanya yang berada di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti susulan jumlah kes positif kini kembali mencecah dua angka. Meskipun hanya tiga kes penularan tempatan dilaporkan semalam namun, kawalan kendiri memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dalam masyarakat. Selagi tiada vaksin ditemui untuk merawat pandemik […]

» Read more

Kemenangan PRK Chini Isyarat Kerjasama Semakin Baik Antara BN Dengan PAS

PEKAN, 5 Julai – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini semalam memberi isyarat bahawa parti itu boleh mencapai kejayaan dengan sokongan PAS selain kerjasama parti-parti lain di bawah Perikatan Nasional (PN). Bagi Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ainul Adzellie Hasnul, majoriti undi […]

» Read more

PRK Chini Boleh Jadi Contoh Pilihan Raya Dalam Keadaan Harmoni

PEKAN, 5 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang dilaksanakan dalam keadaan kebiasaan baharu boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan pilihan raya lain di negara ini untuk berjalan dalam suasana amat tenang dan harmoni. Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata sejak hari penamaan calon pada 20 Jun lepas sehingga hari pengundian semalam, tiada insiden […]

» Read more
1 1,453 1,454 1,455 1,456 1,457 1,920