Kayuhan Jelajah Merdeka PWTC-Slim Pamer Semangat Patriotisme, Sokongan Kepada Mohd Zaidi PRK Slim

TANJUNG MALIM, 22 Ogos – Lebih 70 peserta kayuhan berbasikal daripada PWTC ke Slim, Tanjung Malim memeriahkan program Kayuhan Jelajah Merdeka dalam usaha menyemarakkan bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.

Kayuhan berkenaan diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah dan turut disertai Exco Belia dan Sukan Perak, Khairul Shahril Mohamed serta pelbagai lapisan pemimpin pelbagai peringkat serta mereka yang lain.

Armand ketika ditemui berkata, program hari ini bermula daripada PWTC menuju ke Slim dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini.

“Alhamdulillah… program kita yang bermula di PWTC, sejauh 120 KM melalui Selayang, Rawang, Kuala Kubu, Hulu Selangor, Tanjung Malim dan seterusnya ke  destinasi terakhir jelajah iaitu di Command Centre Barisan Nasional (BN).

“Lebih 70 penunggang basikal yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan lapisan peringkat turut sama berkayuh kerana semangat kemerdekaan. Kayuhan kita ke Slim ini juga untuk menunjukkan sokongan kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz dan mengajak rakyat di Slim terus mengundi calon BN.

“Kalau kami daripada luar berkayuh sehingga ke Slim dalam usaha menunjukkan sokongan, apatah lagi rakyat di Slim ini. Saya pohon… ayuh sama-sama undi BN pada 29 Ogos nanti,” katanya.

Sementara itu, Khairul Shahril yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Multimedia dan Komunikasi Perak berkata, program berkenaan merupakan antara beberapa program yang dirangka menjelang sambutan kemerdekaan.

“Alhamdulillah program ini cukup baik daripada aspek kesihatan dan juga semangat setiakawan dan paling penting menggelorakan sambutan bulan kemerdekaan. Ini merupakan program yang kita rancang dua tiga perkara dan inilah salah satu cara untuk menzahirkan semangat bulan kemerdekaan dan pada masa yang sama menunjukkan sokongan kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

“Kita mengharapkan semangat yang dibawa sahabat-sahabat ini dapat dizahirkan pada 29 Ogos nanti dan akhirnya mengangkat calon BN untuk memenangi PRK ini. Sewajarnya pengundi memilih calon BN kerana pertamanya BN terbukti dan calon bebas pula tidak boleh memberikan apa-apa makna kepada pengundi serta masyarakat di DUN Slim ini.

“Jadi, saya mengharapkan agar semua warga Slim keluar mengundi beramai-ramai tidak kira yang berada di dalam kawasan mahu pun luar kawasan untuk sama-sama balik membuang undi 29 Ogos nanti,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.