Tiada Satu Sen Dana Yayasan Akalbudi Daripada Kerajaan, Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada satu sen dana Yayasan Akalbudi datangnya daripada kerajaan atau rakyat, sebaliknya wang puluhan juta ringgit dalam yayasan itu adalah miliknya. Ahmad Zahid, 69, berkata sumber dana yayasan tersebut adalah daripada lebihan pendapatannya ketika beliau membabitkan diri dalam sektor […]

» Read more

PM Ismail Sabri Adakan Lawatan Ke Jepun, Perkasakan Dasar Pandang Ke Timur

TOKYO, 23 Mei – Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam bermula hari ini. Lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada […]

» Read more

Kes Baharu COVID-19 Menurun 28.8 Peratus Minggu Lepas – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Situasi COVID-19 dalam negara sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-20 menunjukkan keadaaan yang lebih baik dengan penurunan kes baharu dan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital, selain peningkatan kes sembuh berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sepanjang tempoh ME tersebut yang bermula dari 15 hingga 21 Mei, bilangan kes […]

» Read more

Zahid Bidas MP Pembangkang Kait Etika Pemakaian Di Premis Kerajaan Dengan Isu Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kekesalan beliau dengan tindakan ahli Parlimen parti pembangkang yang bertindak mengkritik etika berpakaian untuk orang awam berurusan di premis jabatan dan agensi kerajaan. Jelas beliau, tidak sepatutnya perkara seperti itu dipersoal seolah-olah menjadi perihal yang amat membebankan rakyat. “Cuba menimbulkan persepsi berkaitan etika berpakaian semasa berurusan […]

» Read more

UMNO, BN Perlis Sedia Bergerak Solo Tanpa Kerjasama Pas

KANGAR, 23 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis bersedia untuk bergerak solo tanpa melibatkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu tidak ingin meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN). Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata UMNO negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Pas dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat […]

» Read more

Pindaan Pemilihan UMNO Rasional, Bawa Mesej Perpaduan Hadapi PRU15 – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman berpandangan pindaan pemilihan UMNO dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) mempunyai rasionalnya terutama dalam menjaga perpaduan dalam kalangan ahli parti. Katanya, keputusan ini juga dianggap adalah suatu keperluan kerana melihat kepada senario politik semasa pada ketika ini sudah tentu parti lain mahu […]

» Read more

Kerajaan Lulus Peruntukan Pembangunan RM132.4 Juta Kepada JBPM

KEPALA BATAS, 22 Mei – Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi menambah baik kesiapsiagaan dan kebajikan anggota. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap perkembangan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara, pelbagai usaha diambil bagi memenuhi komitmen perkhidmatan terhadap […]

» Read more

‘Wira Merah’ Komponen Penting Keluarga Malaysia – Reezal Merican

KEPALA BATAS, 22 Mei – ‘Wira Merah’ merupakan komponen penting Keluarga Malaysia kerana semangat keberanian, iltizam serta kecekalan mereka yang luar biasa, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia merupakan tarikh penting untuk diingati bagi menghargai pengorbanan dan khidmat bakti golongan itu di seluruh dunia. “Dalam setiap detik dan keadaan, merekalah kumpulan […]

» Read more

Cubaan Segelintir Pas Untuk ‘Isolate” Presiden UMNO Tidak Akan Berjaya

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan melihat tindakan berterusan beberapa pimpinan Pas yang menyerang beberapa pimpinan UMNO termasuklah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuatkan UMNO tidak mempunyai pilihan. Dengan memberikan contoh tertentu, Shahril menerusi perkongsian di Facebook beliau berpandangan tindakan seumpama itu tidak akan ke mana terutama berkaitan soal Muafakat Nasional (MN). Ikuti […]

» Read more

Bekalan Ayam : Penyelesaian Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Perlu Tindakan Segera

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Isu bekalan ayam yang hari ini menjadi topik bualan umum turut mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi catatan di Facebooknya, beliau melihat penyelesaian segera perlu dilakukan dan penyelesaian jangka panjang juga perlu dilakukan sepertimana cadangan  mewujudkan zon kekal pengeluaran selain seruan Perdana Menteri supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menguasai industri […]

» Read more
1 … 1,411 1,412 1,413 1,414 1,415 … 2,363