Cubaan Segelintir Pas Untuk ‘Isolate” Presiden UMNO Tidak Akan Berjaya

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan melihat tindakan berterusan beberapa pimpinan Pas yang menyerang beberapa pimpinan UMNO termasuklah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuatkan UMNO tidak mempunyai pilihan.

Dengan memberikan contoh tertentu, Shahril menerusi perkongsian di Facebook beliau berpandangan tindakan seumpama itu tidak akan ke mana terutama berkaitan soal Muafakat Nasional (MN).

Ikuti penulisan penuh beliau :

Aliran beberapa pemimpin PAS untuk menyerang beberapa pemimpin UMNO khususnya Presiden, berterusan.

Terbaru, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperlekeh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada dalam situasi ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kononnya Presiden menolak MN.

1) Andaikata UMNO dan PAS tidak bersama dalam pakatan politik, ia akan menjadi keputusan parti. Bukan keputusan Presiden seorang.

Justeru,

2) Usah cuba pecah belahkan atau cuba “isolate” Presiden UMNO dimata ahli UMNO. Cuba mengajak orang UMNO sendiri marah kepada Presiden berhubung hal MN. Tidak akan berjaya.

Oleh itu,

3) PAS tak perlu pandang jauh untuk cari sebab utama MN berada dalam nyawa-nyawa ikan. Hanya perlu semak tindakan PAS sendiri seperti kenyataan Dato’ Seri Sanusi.

Maka,

4) Jika ikhlas mahu cuba selamatkan MN. Jika masih ada jalan yang hendak dicari, setidak-tidaknya,
– Berhenti dengan serangan misalnya yang terbaru ini apatah lagi label seperti “UMNO itik patah kaki” dan “Presiden UMNO ahli sihir”
– Berhenti dakwa hanya dua tiga orang tolak MN atau hendak kira-kira berapa orang sokong/tak sokong MN. Untuk makluman, UMNO tidak buat keputusan pakatan politik ikut rasa individu.
– Yang pasti, bukan dua tiga orang yang menolak kerjasama pakatan politik PRU15 dengan PN. Mohon hormati keputusan itu.

Barulah boleh ada sedikit sinar untuk diselamatkan. Tetapi kalau nada berterusan macam ini, anda akan membuatkan UMNO dengan tiada pilihan.

#SambungYangTergendala

 

Shahril Hamdan

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.