Pertikai Wakil PAS…Tindakan Dap Dibidas – Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Dap berhubung lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Menerusi kenyataannya di facebook beliau, Asyraf seterusnya berkata apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai ADUN lantikan Sabah dan telah terbukti parti berkenaan sebelum ini […]

» Read more

COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan. Jelasnya, […]

» Read more

Enam Lagi Kluster Baharu Dikesan Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Terdapat pertambahan enam kluster baharu COVID-19 di dalam negara iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera kesemuanya di Selangor, Kluster Putra di Sarawak dan Kluster Highway di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bah Manggis di Tawau, Sabah dan Kuala Langat, Selangor melibatkan kes indeks ke-12,866 yang telah menjalani saringan bergejala pada 5 Okt […]

» Read more

PKPD Di Asrama Pekerja Tropicana, Pusat Beli-Belah One Utama Ditutup – Ismal Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di asrama pekerja Tropicana Corporation Berhad di Petaling Jaya bermula 12.01 tengah malam Isnin (12 Okt) hingga 25 Okt, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pelaksanaan PKPD itu bagaimanapun tidak membabitkan kawasan Tropicana Golf & Country Resort. Selain itu, Ismail Sabri berkata […]

» Read more

COVID-19 : Polis Labuan Buru Penyebar Khabar Angin

LABUAN, 10 Okt – Polis kini memburu seorang individu yang menggunakan media sosial iaitu aplikasi WhatsApp untuk mewujudkan rasa takut dan panik dalam kalangan masyarakat dengan menyebarkan khabar angin bahawa terdapat kluster baharu COVID-19 sekurang-kurangnya di 14 kawasan di pusat bandar dan pinggir bandar. Ketua Polis Labuan Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata individu itu didakwa telah menghantar satu pesanan ringkas pada […]

» Read more

Kerajaan Wujud Pusat Kuarantin Transit Pendatang Tanpa Izin Di Sabah – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kerajaan akan mewujudkan pusat kuarantin transit pendatang tanpa izin di empat lokasi di Sabah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka di depot tahanan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata golongan itu ditempatkan di pusat terbabit sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke depot tahanan. Beliau berkata lokasi terlibat […]

» Read more

BN Sabah Sokong Keputusan Tak Bertanding Di Batu Sapi, Utamakan Kerja Bantu Rakyat

KOTA KINABALU, 10 Okt –  “Adalah lebih baik bagi kerajaan Negeri dan Barisan Nasional (BN) memberikan tumpuan untuk membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid 19 yang belum berkesudahan ini” demikian menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin. Justeru jelas beliau BN Sabah bukan sahaja menghormati malah menyokong  Keputusan BN pusat  untuk tidak bertanding dalam […]

» Read more

Ahli Parlimen Kimanis Pula Buat laporan Polis, Nafi Sokong Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin membuat laporan polis berhubung dakwaan pihak tertentu yang kononnya beliau salah seorang Ahli Parlimen yang berada di dalam senarai menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam laporan berkenaan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi malam tadi, beliau dengan tegas menafikan perkara berkenaan dan tetap dengan pendirian menyokong kepimpinan Perdana […]

» Read more

Rakyat Resah Dengan COVID-19 Tetapi Masih Ada Yang Kemaruk Kuasa – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 10 OKT –  Dalam keadaan negara serta rakyat mengadapi penularan pandemik COVID -19 hari ini, masih terdapat usaha pihak tertentu yang masih cuba untuk menggugat kestabilan politik negara dengan menimbulkan pelbagai polemik serta pelbagai usaha lain yang menyebabkan negara berada dalam situasi yang tidak menentu. Dan hari ini Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menerusi […]

» Read more

37 Lokasi Tanah, Jalan Runtuh Akan Dibaiki Segera

GUA MUSANG, 10 Okt – Jalan di 37 lokasi kejadian tanah dan jalan runtuh melibatkan laluan sejauh 20 kilometer dari Pos Hendrop ke Pos Tuel di sini akan dibaiki segera dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas berkata kerja membaiki jalan yang rosak itu penting bagi membantu memudahkan urusan harian penduduk Orang Asli yang […]

» Read more
1 1,407 1,408 1,409 1,410 1,411 1,946