Pertikai Wakil PAS…Tindakan Dap Dibidas – Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Dap berhubung lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menerusi kenyataannya di facebook beliau, Asyraf seterusnya berkata apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai ADUN lantikan Sabah dan telah terbukti parti berkenaan sebelum ini telah menjaga kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama.

‘’DAP sering berselindung di sebalik kononnya parti berbilang kaum namun hakikatnya berterusan bermain dengan sentimen kaum dan agama. Apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai ADUN Sabah SABAH.

‘’PAS telah terbukti menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dan agama di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Apakah mesej DAP ingin sampaikan. Yang pasti Islam mengajar kita berlaku adil kepada semua merentasi Agama, kaum dan etnik,’’ katanya.

Kata beliau lagi apa-apapun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong penuh perlantikan ADUN PAS berkenaan.

Sebelum ini, Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan adalah antara empat ahli politik yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik.

Tiga lagi lagi ialah Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi, Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir, dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Libaran, Jaffari Waliam.

Semua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama lima menteri dan 18 pembantu menteri di Istana Negeri. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.